Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mediatek g

MediaTek Helio G95 Diperkenal – Prestasi GPU 5% Lebih Baik Berbanding G90T

Diterbitkan September 1, 2020 ยท Dikemas kini September 1, 2020 oleh Amalina Athman

MediaTek pada tahun lalu telah mengumumkan dua cip iaitu Helio G90 dan G90T. Ia dilengkapi cip lapan teras dengan kelajuan memproses sehingga 2.05GHz. Kini, MediaTek memperkenalkan cip Helio G95 yang menawarkan peningkatan prestasi GPU 5% lebih baik berbanding G90T.

mediatek helio g95

Cip ini masih didatangkan dengan hanya sokongan rangkaian 4G, susun atur CPU, RAM serta sambungan yang sama seperti Helio G90T. Ia merupakan cip dengan proses 12nm yang mempunyai kombinasi dua teras Cortex-A76 dan enam teras Cortex-A55. Masing-masing mempunyai kelajuan memproses sehingga 2.05GHZ dan 2.0GHz.

Helio G95 diberikan sokongan RAM sehingga 10GB LPDDR4X serta GPU Mali G76 MC4 bersama kepantasan mencecah 900MHz. Ia turut menyokong panel Full HD+ sehingga 90Hz kadar segar semula serta sensor kamera sehingga 64MP dan rakaman video 4K 30fps.

Dari segi sambungan, ia didatangkan dengan sokongan Dwi-4G VoLTE, Wi-Fi 5, GNSS (Beidou, Galileo, Glonass, GPS) dan Bluetooth 5.0. Selain itu, ia juga hadir dengan teknologi permainan HyperEngine.

Menurut MediaTek, peranti dengan janaan cip Helio G95 akan hadir untuk pasaran global pada September ini. Dijangka siri realme 7 yang akan dilancar 3 September ini menjadi yang terawal dengan penawaran cip Helio G95.

Sumber: MediaTek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY