Sejarah Dan Evolusi MARVEL, 81 Tahun Dalam Dunia Filem

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem

Nama Marvel sudah pastinya tidak asing lagi bagi kita. Tetapi bagaimanakah Marvel menjadi francais filem paling berjaya dalam sejarah perfileman? Mari kita lihat sejarah dan evolusi Marvel.

Legasi Marvel telah mula bertapak dalam dunia filem sejak 81 tahun yang lalu, dari tahun 1939. Marvel Cinematic Universe (MCU) pula adalah produk kejayaan, kegagalan, dan idea oleh individu-individu yang berjaya merealisasikan visi Marvel mereka.

Sebilangan besar orang sudah cukup kenal dengan bagaimana MCU membesar setelah pelancaran Iron Man pada tahun 2008, yang turut melahirkan Marvel Studios. Namun, bagaimana pula dengan sejarah mendalam Marvel Studios yang sudah terbentang selama beberapa dekad?

Genesis Marvel


Sejarah Marvel Studios bermula lama sebelum kewujudan filem MCU, ketika televisyen masih belum menjadi keperluan isi rumah.

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem

Pada bulan Oktober 1939, Martin Goodman telah mencipta satu fenomena di syarikat McGraw Hill melalui terbitan pertama Timely Comics, berjudul Marvel Comics #1. Edisi pertama ini merupakan debut watak-watak seperti Human Torch, Angel, Namor the Sub-Mariner, Masked Raider, dan Ka-Zar the Great. 

Edisi pertama ini juga telah berjaya terjual sebanyak 80,000 naskhah, membolehkan Timely Comics mengeluarkan Marvel Comics #2 pada bulan berikutnya. Syarikat penerbitan tersebut kemudian berjaya menjamin kejayaan komik-komik mereka untuk tahun-tahun yang akan datang.

https://youtu.be/6FU6v-vzKvQ

Kebanyakan dari watak-watak Marvel kegemaran ramai masa kini telah direka pada awal karier penerbitan. Captain Marvel, contohnya, telah muncul buat kali pertama dalam komik edisi tahun 1940, dan Captain America Comics #1 juga dilancarkan pada tahun yang sama. Pada tahun 1941, Republic Pictures telah melancarkan The Adventures of Captain Marvel sebagai sebuah siri televisyen diikuti dengan Captain America tiga tahun kemudian.

Selepas Perang Dunia II pada tahun 1950-an, warga Amerika mula hilang minat pada adiwira. Oleh itu, Timely Comics telah melakukan penjenamaan semula sebagai Atlas Comics. Dengan berbuat demikian, mereka memberhentikan beberapa cerita adiwira untuk memberi tumpuan kepada genre yang lebih luas.

https://youtu.be/Fw89l3ztAyk

Dalam pada itu, Stan Lee yang pada waktu itu masih menjadi penulis komik Marvel, adalah antara sebab-sebab utama Marvel teguh berdiri sehingga kini. Berkat dia, adiwira-adiwira Marvel mengalami kebangkitan semula dan mencetuskan Era Marvel pada tahun 1961. Beliau boleh dikatakan adalah orang yang paling berpengaruh dalam sejarah Marvel kerana berjaya mengubah cara kita melihat dan berhubungan dengan watak-watak adiwira serta menjadikannya menarik bagi semua peringkat umur.

Marvel Productions


Banyak watak Marvel membuat kemunculan dalam filem sepanjang tahun 60-an hingga 80-an. Contohnya, filem Spider-Man ditayangkan di televisyen pada tahun 1977 dan Dr. Strange ditayangkan di CBS pada tahun 1978. Marvel Studios masih belum wujud pada ketika itu, sehinggalah tahun 1981 semasa Marvel Productions menubuhkan kedai di Los Angeles.

Lima tahun kemudian, pada bulan Disember 1986, Marvel Comics Group dan Marvel Productions menjadi milik New World Pictures, dan di sinilah terlahirnya Marvel Entertainment Group. Kemudian pada tahun 1988, New World Entertainment, Ltd. mengeluarkan filem The Incredible Hulk Returns.

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem

Pada tahun berikutnya, Marvel Entertainment Group telah dibeli oleh MacAndrews dan Forbes Holdings dengan harga US$82.5 juta (~RM351 juta) tetapi masih membenarkan New World untuk mengekalkan Marvel Productions.

Visi Ronald Perelman, orang di sebalik pelaburan tersebut, untuk menjadikan setiap watak Marvel lebih terkenal telah mencetuskan banyak konflik.

Perelman telah menjual 40 peratus saham Marvel kepada orang ramai dengan menjanjikan jenama francais mereka akan diperluaskan di samping menjual barangan seperti pelekat dan figura aksi.

Pada tahun 1993, Marvel memperoleh 46 peratus dari syarikat ToyBiz, bertujuan mengaut keuntungan dari jualan figura aksi. Pemerolehan ini mengalihkan Ketua Pegawai Eksekutif ToyBiz, Avi Arad, ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Marvel Films.

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem

Walau bagaimanapun, orang ramai tidak berminat dengan mainan, pelekat, dan barangan Marvel yang mahal. Selepas beberapa pergelutan dengan para pemegang saham, Perelman memutuskan untuk isytihar muflis supaya dapat bergabung dengan ToyBiz.

Dalam waktu yang sama, Marvel telah menjual hak kepada banyak watak mereka yang paling ikonik, termasuk Iron Man, Hulk, Black Panther, dan X-Men. Itulah sebabnya beberapa watak Marvel seperti X-Men dan Avengers, tidak pernah muncul di layar yang sama.

Walaupun pada ketika itu Marvel menghadapi krisis kewangan yang sangat kritikal, Perelman masih lagi mahu bawa watak-watak Marvel ke layar perak. Maka lahirlah Marvel Studios...

https://youtu.be/VNy_veMdVRs

Marvel Studios


Pada tahun 1996, Fox telah membeli New World Communication, lalu menggabungkan Marvel Studios dan Marvel Films.

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem Kapsyen: Stan Lee


Tahun berikutnya, Stan Lee dilantik sebagai pengerusi Marvel Studios, dan mereka terus memulakan rancangan jangka panjang untuk pengeluaran filem 10 tahun akan datang, termasuk X-Men, Daredevil, Elektra, dan Fantastic Four.

Marvel Studios melancarkan Blade pada tahun 1998 menjadikannya filem pertama yang dilesenkan oleh Marvel Studios dan berjaya mengutip $70,087,718 (~RM298 juta) di Amerika dan $131,183,530 (~RM559 juta) di Kanada.

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem Kapsyen: David Maisel


Tahun 2004 merupakan salah satu tahun paling penting dalam sejarah Marvel Studios. David Maisel telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Marvel Studies dan mempunyai rancangan untuk masa depan francais tersebut.
Pinjaman bersyarat sebanyak $525,000,000 (~RM2.2 bilion) dari Merrill Lynch telah memberi tekanan terhadap Marvel Studios. Jika mereka gagal menghasilkan jumlah itu dalam tempoh lapan tahun, beberapa hak untuk watak Marvel harus dilepaskan.

Perbincangan Marvel dengan Universal Pictures pada asalnya tidak membuahkan hasil. Mujur, pada tahun 2005, mereka berjaya membuat perjanjian dengan Paramount Pictures, mengembalikan hak watak Iron Man, Thor, dan Black Widow ke Marvel.



sejarah evolusi marvel dalam dunia filem Kapsyen: Kevin Feige



Pada tahun 2007, eksekutif junior, Kevin Feige, dilantik sebagai presiden baru Marvel Studios yang akhirnya telah membuka pintu Marvel menuju kejayaan. Setelah hampir 70 tahun mencipta sejarah, pelancaran Iron Man pada tahun 2008 berjaya mengembalikan kejayaan bagi Marvel Studios.

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem

Pada bulan Jun 2009, Disney membeli Marvel Entertainment dengan harga US$4 bilion (~RM17 bilion) bersama dengan hak pengedaran The Avengers dan Iron Man 3. 

sejarah evolusi marvel dalam dunia filem

Sebahagian besar kejayaan Marvel Studios adalah disebabkan oleh Kevin Feige sendiri. Marvel Studios kini menjadi sebuah francais filem paling berjaya dalam sejarah perfileman, yang bernilai lebih daripada US$17 bilion (~RM72 bilion).

Sumber: Vocal



 








Berkaitan