MCMC Turun Padang Untuk Bantu Rakyat Yang Hadapi Masalah Capaian Internet

Setahun sudah pun berlalu sejak wabak COVID-19 melanda dan ia juga telah memaksa setiap rakyat untuk ke arah digital seperti bekerja dan belajar dari rumah.

Namun, bukanlah semudah itu untuk dilakukan kerana masalah capaian internet di negara kita masih lagi belum mencapai tahap yang memberangsangkan bagi ke arah digital.

Semakin hari semakin banyak kisah rakyat yang terpaksa bersusah payah sehinggakan memanjat pokok bagi mendapatkan capaian internet yang baik untuk kegunaan PdPR misalnya.

daki bukit 20 minit pdpr Kapsyen: Sumber: Bernama


Berikutan kisah-kisah seperti ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihak mereka telah turun padang dan mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu ini.

Terdapat 8 lokasi yang terlibat dan terkesan dengan capaian internet ini, iaitu:

  • Kg. Banggol Pak Esah, Pasir Puteh

  • Kg. Siram, Kedai Tanjong, Pasir Mas

  • Kg. Aring 5 Gua Musang

  • Kg. Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat

  • Pulau Aman, Pulau Pinang

  • Kg. Labi, Beaufort

  • Kg. Panikuan, Kudat

  • Kg. Waluhu, Ranau


Menerusi kawasan ini, MCMC telah melakukan bantuan jangka pendek seperti mengalihkan antena, pemasangan peralatan radio oleh U Mobile sementara bantuan jangka panjang adalah pembinaan menara baharu di kawasan-kawasan tersebut.



Kesemua usaha yang dilakukan MCMC adalah untuk membantu rakyat yang terjejas secepat yang mungkin.

Dalam pada itu, MCMC juga mengatakan mereka akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

Oleh itu, anda boleh terus membuat aduan kepada MCMC sekiranya anda tidak berpuas hati terhadap capaian internet di kawasan anda.

Sumber: MCMC