Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok, AFP

MCMC Arah TikTok Bertindak Segera Atasi Kandungan Hina Agong

Diterbitkan Mei 22, 2026 · Dikemas kini Mei 22, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia mengarahkan TikTok mengambil langkah segera bagi memperbaiki kawal selia kandungan berbahaya susulan penyebaran hantaran yang disifatkan sebagai “amat menghina” terhadap institusi diraja negara, menurut pihak pengawal selia komunikasi pada Khamis.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata platform media sosial milik ByteDance yang berpangkalan di China itu gagal mengambil “tindakan mencukupi dan tepat pada masanya” terhadap satu akaun palsu yang didakwa menyebarkan hantaran berunsur fitnah terhadap Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong ketika ini.

Menurut MCMC, kandungan tersebut merangkumi bahan yang dianggap “amat menghina, palsu, berunsur ancaman dan bersifat menghina”, termasuk video dijana kecerdasan buatan (AI) serta imej yang dimanipulasi.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform dalam talian untuk menyebarkan kandungan yang amat menghina, palsu, mengancam atau menjejaskan ketenteraman awam, khususnya apabila melibatkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

Tambah MCMC, perkara sedemikian berada dalam konteks isu kaum, agama dan institusi diraja yang amat sensitif serta boleh menjejaskan ketenteraman awam, keharmonian negara dan penghormatan terhadap institusi berperlembagaan.

Suruhanjaya itu turut menyatakan bahawa walaupun notifikasi serta sesi libat urus terdahulu telah dijalankan, respons moderasi TikTok terhadap kandungan berkenaan didapati tidak memuaskan, terutama dalam memastikan kandungan diturunkan segera dan menghalang penyebaran lanjut bahan berbahaya.

MCMC berkata pihaknya telah mengeluarkan tuntutan statutori yang mewajibkan TikTok melaksanakan langkah lebih tegas terhadap kandungan berbahaya.

“Tuntutan statutori itu turut menghendaki TikTok memberikan penjelasan rasmi mengenai kegagalan moderasi kandungannya,” kata MCMC.

AFP telah menghubungi TikTok bagi mendapatkan komen.

Negara Asia Tenggara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini memperhebat pemantauan terhadap platform media sosial susulan peningkatan ketara kandungan berbahaya dalam talian.

Pada Mac lalu, media tempatan melaporkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan merancang menghalang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada mendaftar akaun media sosial menjelang akhir Jun.

Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 2024 menerusi sistem raja berperlembagaan unik Malaysia yang menyaksikan sembilan Raja Melayu bergilir memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun.

Institusi monarki sejak sekian lama menjadi elemen penstabil dalam masyarakat dan politik Malaysia. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • YouTube, TikTok Dan Instagram Berdepan Dakwaan Sengaja Direka Untuk Menyebabkan Ketagihan
  • Aplikasi MCMC Nexus Kini Rasmi Dilancarkan - Mudahkan Pengguna Uji Kelajuan Sambungan Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY