Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mazda Mula Uji Sistem Tangkap Karbon Dioksida Pada Kereta Lumba

Mazda Mula Uji Sistem Tangkap Karbon Dioksida Pada Kereta Lumba

Diterbitkan Disember 17, 2025 · Dikemas kini Disember 17, 2025 oleh ariff bukhari

Mazda kini melangkah ke era baharu teknologi hijau dengan memperkenalkan sistem Mazda Mobile Carbon Capture, iaitu peranti khas yang dipasang pada kenderaan untuk menyerap CO₂ (karbon dioksida) terus daripada ekzos.

Demonstrasi pertama dilakukan semasa perlumbaan Super Taikyu Series 2025 Round 7 di Jepun, menggunakan kereta konsep Mazda Spirit Racing 3 Future Concept (Car No.55).

Kereta lumba ini beroperasi dengan bahan api biodiesel HVO, yang sudah digunakan secara meluas di Eropah sebagai bahan api karbon neutral.

Mazda Mula Uji Sistem Tangkap Karbon Dioksida Pada Kereta Lumba
Peranti tangkapan CO₂ dipasang pada kenderaan ujian. (Diambil dari bahagian bawah belakang kenderaan).

Teknologi ini menggunakan zeolit berstruktur berliang sebagai penyerap CO₂, dan berjaya membuktikan keupayaan menyerap pelepasan semasa perlumbaan.

Mazda mensasarkan untuk merealisasikan mobiliti di mana “pemanduan lebih banyak membawa kepada pengurangan CO₂” menjelang 2035.

Mazda percaya bahawa jika kenderaan mereka menggunakan bahan api neutral karbon dan menangkap CO₂ yang dihasilkan, adalah mungkin untuk mengurangkan jumlah CO₂ di atmosfera mengikut jarak yang dilalui.

Dengan kesinambungan ujian pada musim perlumbaan akan datang, Mazda berhasrat meningkatkan kadar pemulihan CO₂ serta memperkukuh teknologi ini demi merealisasikan visi mobiliti lestari: “The Joy of Driving Fuels a Sustainable Tomorrow.”

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Struktur Pelindung Chernobyl Hilang Fungsi Utama Selepas Diserang Dron
  • Elakkan Guna Bekas Plastik Berwarna Hitam, Sukar Dikitar Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY