Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maybank

Maybank Sahkan Laman Sesawang Maybank2u Sedang Mengalami Masalah

Diterbitkan Januari 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Minggu lalu, kebanyakan perkhidmatan Maybank seperti Maybank2u, MAE, ATM dan kaunter cawangan telah tergendala buat beberapa jam sehingga mengundang rasa tidak puas hati ramai pelanggan. Hari ini, masalah sama sekali lagi berlaku namun mujurlah hanya melibatkan laman web Maybank2u sahaja.

Maybank melalui akaun rasmi media sosial mereka mengesahkan Maybank2u sedang mengalami masalah sejak beberapa jam lalu. Pengguna akan mendapati laman web Maybank2u mengambil masa begitu lama untuk dimuatkan.

#MBBAlert Dear valued customers,

Kindly be informed that we are currently experiencing intermittent slowness on Maybank2u web. Alternatively, you may perform your banking transactions on MAE app and M2U MY app.

(1/2)

— Maybank (@MyMaybank) January 25, 2022

Bagaimanapun, aplikasi mudah alih seperti M2U MY  dan MAE masih terus beroperasi seperti biasa tanpa sebarang isu. Daripada penggunaan kami, transaksi pembayaran melalui MAE nyata berjalan lancar.

Maybank memohon maaf dan berkata mereka sedang gigih menyelesaikan isu ini.

Baca juga:

  • Maybank: Perkhidmatan Maybank2u, MAE, ATM, Debit Tergendala
  • Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U
  • Cara Perbaharui Lesen Secara ‘Online’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY