Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Matahari Letuskan 4 Suar Suria Luar Biasa

Matahari Letuskan 4 Suar Suria Luar Biasa

Diterbitkan Februari 3, 2026 oleh ariff bukhari

NASA melaporkan pada 1 dan 2 Februari 2026, Matahari telah melepaskan sebanyak empat letusan suria besar yang dikategorikan sebagai suar kelas-X, iaitu tahap paling kuat dalam skala tenaga suria.

Letusan itu masing-masing berlaku pada 7:33 pagi, 6:37 petang, dan 7:36 malam waktu ET pada 1 Februari, serta 3:14 pagi pada 2 Februari.

Kekuatan suar itu dicatatkan sebagai X1.0, X8.1, X2.8 dan X1.6. Fenomena ini dirakam oleh NASA melalui Solar Dynamics Observatory dalam cahaya ultraungu ekstrem, memperlihatkan pancaran berwarna emas dan merah.

Matahari Letuskan 4 Suar Suria Luar Biasa
Balai Cerap Dinamik Suria NASA telah merakam imej-imej suar suria ini — dilihat sebagai kilatan terang di tengah-tengah imej — pada 1 Februari dan 2 Februari 2026. Imej-imej tersebut menunjukkan sebahagian daripada cahaya ultraungu ekstrem yang menonjolkan bahan yang sangat panas dalam suar yang diwarnakan dengan warna emas dan merah.

Walau bagaimanapun, letusan yang berlaku di bahagian Matahari yang ditandakan sebagai  RGN 4366 telah berkembang menjadi kumpulan tompok matahari yang kompleks sehingga menghasilkan suar suria dari tahap M1 hingga X1, setakat ini tiada bukti jelas tentang lontaran jisim korona (CME).

1-7 Feb Forecast
Letusan suar suria yang sangat kuat ini telah berlaku dari Wilayah 4366 di mana lebih banyak aktiviti yang menarik dari rantau ini dijangka akan berlaku dalam beberapa hari akan datang.

Suar suria berpotensi mengganggu komunikasi radio, sistem navigasi, grid kuasa, serta menimbulkan risiko kepada kapal angkasa dan angkasawan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan NOAA melalui Pusat Ramalan Cuaca Angkasa memaklumkan, pihak mereka akan terus memantau dan mengeluarkan amaran, manakala NASA pula menekankan kepentingan kajian berterusan bagi memahami kesan aktiviti suria terhadap persekitaran angkasa Bumi.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Rantau Tropika Akan Paling Terkesan Alami Peningkatan Haba Melampau Menjelang 2050
  • Putrajaya Bangunkan Lintasan Pejalan Kaki Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY