Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rantau Asia Pasifik Terkesan, Matahari Hamburkan Jisim Korona Selama 3 Jam

Matahari Lepaskan Suar Suria Yang Kuat, Bumi Akan Terkesan Beberapa Hari – NASA

Diterbitkan Oktober 5, 2022 · Dikemas kini Oktober 5, 2022 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan mereka telah mengesan suar suria yang dilepaskan oleh Matahari pada 2 Oktober 2022 dengan kemuncak suar berlaku pada 4.25p.m (EDT).

Suar suria itu dikelaskan sebagai suar X1. Kelas-X menandakan suar yang paling kuat, manakala nombor pula mewakili maklumat mengenai kekuatannya.

Matahari Lepaskan Suar Suria Yang Kuat, Bumi Akan Terkesan Beberapa Hari – NASA

Seperti yang boleh di lihat pada imej di atas menunjukkan  subset cahaya ultraviolet melampau yang menyerlahkan bahan yang sangat panas dalam suar yang diwarnakan dalam oren.

Berdasarkan kepada semakan info di laman Pusat Ramalan Cuaca Angkasa, Pentadbiran Lautan Dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), suar suria itu berupaya menyebabkan gangguan pada medan geomagnetik Bumi sekaligus berpotensi memberi kesan terhadap perkhidmatan satelit.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, medan geomagnetik dijangka berada pada paras ribut besar pada hari pertama (04 Okt), tenang hingga tahap ribut kecil pada hari kedua (05 Okt) dan tahap aktif pada hari kedua dan tiga (06 Okt).

Sumber: met.gov.my, nasa.gov, Space Weather Prediction Center

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY