Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
solar storm 6

Matahari Hamburkan 17 Jisim Korona, Bumi Diramal Dihentam Siri Ribut Solar 3 Hari Berturut-Turut

Diterbitkan Mac 30, 2022 · Dikemas kini Mac 30, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan semakan data terkini yang dikongsikan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, Bumi diramalkan akan dihentam ribut solar yang kuat bermula dari  30 Mac hingga  1 April 2022.

Data yang diperoleh METMalaysia daripada Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (NOAA) menunjukkan, ribut solar kategori G1 (minor) diramal akan melanda Bumi pada 30 Mac 2022.

Tetapi keesokan harinya 31 Mac 2022,  ribut solar kategori G3 yang kuat pula akan melanda Bumi.

Kemudian pada 1 April 2022 juga Bumi dijangka akan terus menerima ribut solar berkekuatan sederhana kategori G2.

solar storm 3

Akibat daripada insiden itu, NOAA menjangkakan ia  berpotensi mengganggu  posisi satelit di orbit serta rangkaian gelombang radio berfrekuensi tinggi.

Malah gangguan bekalan kuasa juga turut berpotensi berlaku.

Insiden terbaru ribut solar yang bakal melanda Bumi ini dilaporkan berpunca daripada sekurang-kurangnya 17 hamburan Jisim Korona (CME)  yang terhasil hanya daripada 1 tompok Matahari sahaja.

Hamburan itu pula dilaporkan berlaku dalam tempoh antara 2 hingga jam lamanya.

Sumber: Space Weather Now (met.gov.my), Space, SpaceWeather, NOAA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY