Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari bumi

Matahari Berada Tepat Di Atas Ka’abah Sabtu Lalu – Planetarium Negara

Diterbitkan Julai 18, 2022 ยท Dikemas kini Julai 18, 2022 oleh ariff bukhari

Planetarium Negara memaklumkan, pada hari Sabtu minggu lalu, bertarikh 16 Julai 2022, tepat pada jam 5:27 petang waktu Malaysia, Matahari berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Ka’abah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Fenomena tersebut merupakan kali kedua berlaku untuk tahun 2022 ini selepas yang pertamanya telah pun berlaku pada 28 Mei 2022 yang lalu.

Juga dikenali sebagai Istiwa A’dzam, nilai sudut istiwa Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Ka’abah terletak.

Ketika fenomena itu berlaku, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Ka’abah.

planetarium negara

Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan serta bagi meyemak semula arah kiblat secara semulajadi.

Sumber: JAKIM, Planetarium Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY