Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Masjid Hagia Sophia Dalam Proses Restorasi Hadapi Gempa Besar

Masjid Hagia Sophia Dalam Proses Restorasi Hadapi Gempa Besar

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 25, 2025 oleh ariff bukhari

Hagia Sophia, ikon arkitektur berusia 1.488 tahun di Istanbul, kini sedang menjalani proses restorasi besar-besaran bertujuan memperkuatkan strukturnya bagi menghadapi potensi gempa besar di masa depan.

Bangunan yang pada awalnya dibina sebagai gereja pada abad ke-6 masihi, kemudian menjadi masjid semasa era Uthmaniyah pada tahun 1453 masihi, seterusnya berubah menjadi muzium pada 1934 sebelum kembali menjadi masjid pada 2020 sehinggalah kini, telah mengalami kerosakan akibat gempa sejak berabad-abad, termasuk runtuhnya kubah pada tahun 558.

Masjid Hagia Sophia Dalam Proses Restorasi Hadapi Gempa Besar
Imej ini didapati daripada bahagian Cetakan dan Gambar Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat yang memaparkan Hagia Sophia di era Empayar Uthmaniyah, 1897.

Restorasi terbaru kali ini merupakan pembaikan menyeluruh fasa pertama, meliputi kubah, dinding, dan menara.

Meskipun perancah untuk proses ini mengganggu estetikanya, renovasi yang dibuat ini sangat penting demi kelangsungan bangunan bersejarah ini.

Matlamat utama pemulihan yang sedang dijalankan ini adalah untuk “mengukuhkan bangunan terhadap gempa bumi besar seterusnya” supaya struktur purba “terselamat daripada peristiwa itu dengan kerosakan yang paling sedikit,” kata Ahmet Gulec, ahli jawatankuasa saintifik yang menyelia kerja-kerja itu.

Bahagian dalam masjid ini tetap dibuka untuk umat islam beribadah dan menerima kunjungan pelancong sepanjang proses itu berlangsung.

Masjid Hagia Sophia Dalam Proses Restorasi Hadapi Gempa Besar

Pada tahun 2024 lalu, Hagia Sophia telah menarik 7,7 juta pengunjung, termasuk 2,1 juta pelancong dari seluruh dunia yang memberikan pendapatan besar hasil jualan tiket.

Projek ini diharapkan selesai dalam beberapa tahun dan memastikan generasi mendatang tetap dapat mengagumi keindahannya.

Baru-baru ini juga dunia telah digemparkan dengan insiden gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala richter yang berlaku di Istanbul sehingga dilaporkan 230 penduduk cedera serta 378 laporan kerosakan bangunan.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Hyundai Bangunkan Bateri EV Terbina Ciri Pemadam Api Cegah Kebakaran
  • Telefon Android Kini 'Restart' Secara Automatik Jika Tidak Disentuh Selepas 3 Hari 

Sumber: AFP, AP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY