Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Masih Ramai Mainkan Isu 3R Di Media Sosial, Jangan Gugat Keharmonian Dan Kestabilan Negara

Diterbitkan Mac 6, 2025 · Dikemas kini Mac 6, 2025 oleh ariff bukhari

Isu berkaitan agama, raja, dan kaum (3R) di Malaysia sering menjadi perhatian kerana berpotensi mencetuskan ketegangan sosial.

Bagi menangani isu ini, Malaysia mempunyai beberapa peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948.

Akta ini melarang kenyataan atau perbuatan yang boleh mencetuskan kebencian terhadap institusi diraja, kerajaan, atau hubungan antara kaum.

Selain itu, Kanun Keseksaan melalui Seksyen 298 dan 298A juga memainkan peranan dalam menangani sentimen keagamaan yang sensitif dengan menetapkan hukuman kepada individu yang sengaja mencetuskan permusuhan agama.

Malah terdapat juga tindakan yang boleh diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya Seksyen 233 yang melarang penyebaran kandungan menyinggung atau menimbulkan ketegangan melalui media sosial atau internet.

Namun begitu, penyebaran isu-isu sensitif ini secara tidak bertanggungjawab masih dibuat oleh segelintir rakyat Malaysia walaupun adanya undang-undang tersebut.

Pengguna khususnya melalui pelbagai platform media sosial dilihat seakan masih berdegil dan buat endah tak endah terhadap larangan memainkan isu 3R serta seakan tidak takut dengan tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka.

Lebih teruk lagi adalah kesedaran tanggungjawab dari diri sendiri yang tidak diketahui sama ada mereka sedar atau tidak bahawa tindakan memainkan isu 3R di Malaysia mampu menggugat kestabilan dan keharmonian masyarakat.

Semoga rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada kes yang melibatkan 3 DJ radio yang dipanggil pihak PDRM baru-baru ini kerana dituduh memainkan isu 3R.

Serta kes sebelum ini melibatkan pelawak Harith Iskander dan pengguna media sosial Cecelia Yap yang telah didenda RM10,000 seorang selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kerajaan Malaysia memang sedang berusaha untuk memperkasakan lagi undang-undang sedia ada dengan mempertimbangkan pengenalan undang-undang baharu yang dikenali sebagai Akta Negara dan Bangsa bagi menangani isu-isu sensitif ini dengan lebih tegas dan efektif.

Akta ini bertujuan mengawal selia serta memantau isu-isu sensitif dengan lebih menyeluruh, terutamanya di ruang digital.

Langkah-langkah ini bertujuan mengekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama, sambil memastikan kebebasan bersuara tidak disalahgunakan untuk menjejaskan kestabilan negara.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Bank-Bank Di Saudi Kini Dilarang Guna WhatsApp Untuk Urusan Pelanggan
  • Malaysia Labur Lebih RM1 Bilion Untuk Akses Teknologi Cip ARM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY