Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mari Kenali Satelit Bah.1

Mari Kenali Satelit Bah.1

Diterbitkan November 18, 2020 ยท Dikemas kini November 18, 2020 oleh ariff bukhari

Pertama sekali apa itu satelit? Satelit adalah objek yang bergerak mengelilingi objek lain di angkasa lepas pada laluan orbitnya.

Terdapat 2 jenis satelit di angkasa lepas iaitu satelit semula jadi dan satelit buatan manusia.

Sebagai contoh, satelit semula jadi bagi planet bumi adalah bulan yang mengelilingi bumi.

Manakala satelit buatan manusia pula adalah alat atau mesin berteknologi tinggi yang dilancarkan ke angkasa lepas bagi melaksanakan fungsi tertentu seperti pengintipan, komunikasi, mengumpul data atmosfera, cuaca, meneropong angkasa lepas dan banyak lagi.

Berdasarkan semakan di laman pangkalan data satelit Union of Concerned Scientists (UCS), terdapat sebanyak 2,787 buah satelit sedang mengorbit bumi ketika ini.

Dari jumlah itu, sebanyak 1,425 satelit adalah milik negara Amerika Syarikat, 172 satelit milik Russia, 382 satelit milik China dan 808 buah satelit lagi milik negara-negara lain.

Dari jumlah itu juga, terdapat 4 kategori satelit yang diklasifikasi berdasarkan jarak kedudukannya dengan bumi dan bentuk orbitnya iaitu LEO, MEO, Elleptical dan GEO.

Artikel mari kenali satelit ini akan bersambung dalam bahagian 2 akan datang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY