Mungkin ada yang berfikir apakah maksud di sebalik perkataan tersebut dan tertanya-tanya kenapa ia sering digunakan.
Sebelum kita mengetahui apakah fungsi disebalik perkataan itu, mari kita kenali maksud atau asal usulnya.
Buat pengetahuan, "lorem ipsum" adalah mirip perkataan latin yang wujud di dalam buku "De finibus bonorum et malorum" (On the ends good and evil).
Meskipun begitu, "lorem ipsum" yang digunakan pada masa sekarang tidak seperti bahasa latin yang sebenar. Malah, ia telah diubah sedikit dan tidak mempunyai sebarang maksud langsung.
Namun, setiap benda yang dicipta pasti ada fungsinya tersendiri dan bukan hanya sia-sia. Dalam bahasa yang mudah, "lorem ipsum" yang biasa dijadikan ayat dalam placeholder text ini hanyalah berfungsi sebagai dummy text.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan anda gambaran awal bagaimana sesebuah perenggan, poster atau laman web itu terhasil dengan font yang telah dipilih.
Tambahan lagi, teks tersebut turut digunakan agar anda atau pembaca tidak terganggu dengan ayat yang dipapar.
Sebagai contoh, jika anda sedang mencipta laman web dan memaparkan kepada pelanggan dengan sebuah artikel, pelanggan anda akan lebih fokus pada kandungannya berbanding rupa bentuk laman web yang dipapar.
Dalam situasi lain, "lorem ipsum" ini seakan dengan ayat "The quick brown fox jumps over the lazy dog" dimana ia mengandungi kesemua abjad dan digunakan untuk memberikan anda gambaran awal terhadap sesebuah font.
Sumber: muo
Berkaitan
- Acer Predator Orion 3000 Dilancarkan - Desktop Saiz Sederhana Dengan Harga Bermula RM4099
- Miliki Pembesar Suara Sonos Serendah RM799 Sempena 11.11
- Mungkin Benar, Ini Rekaan Bagi Xiaomi 12 Pro
- Facebook Perkenal Ray Ban Stories, Kaca Mata Pintar Ada Kamera Dan Mikrofon
- Pengguna iPhone Dan iPad Mula Terima Ciri YouTube 'Picture-in-Picture'
- Rekaan Dan Spesifikasi Rasmi OPPO Find X3 Didedahkan, Hadir Dengan Warna 10-bit
- ColorOS 12 Ada Tarikh Pelancaran, Mungkin Android 12 Akan Dilancar Tak Lama Lagi
- OPPO Mengumumkan ColorOS 12, Ini Ciri Baharu Dan Peranti Menyokongnya
- Cip 3nm Samsung Akan Dihasilkan Pada Tahun 2022
- vivo Umumkan "Vision+" - Inisiatif Promosikan Budaya Fotografi Mudah Alih