Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lorem ipsum wide

Mari Kenali ‘Lorem Ipsum’ Dan Kenapa Ia Digunakan

Diterbitkan April 16, 2021 · Dikemas kini Mac 18, 2026 oleh Amsyar Latif

Sekiranya anda biasa menggunakan aplikasi menyunting gambar atau video, ketika mana hendak memasukkan teks, pasti akan terlihat perkataan yang berbunyi “Lorem Ipsum” sebelum anda mengubahnya kepada ayat yang mahu digunakan.

Mungkin ada yang berfikir apakah maksud di sebalik perkataan tersebut dan tertanya-tanya kenapa ia sering digunakan.

Sebelum kita mengetahui apakah fungsi disebalik perkataan itu, mari kita kenali maksud atau asal usulnya.

Buat pengetahuan, “lorem ipsum” adalah mirip perkataan latin yang wujud di dalam buku “De finibus bonorum et malorum” (On the ends good and evil).

Meskipun begitu, “lorem ipsum” yang digunakan pada masa sekarang tidak seperti bahasa latin yang sebenar. Malah, ia telah diubah sedikit dan tidak mempunyai sebarang maksud langsung.

Lorem ipsum contoh

Namun, setiap benda yang dicipta pasti ada fungsinya tersendiri dan bukan hanya sia-sia. Dalam bahasa yang mudah, “lorem ipsum” yang biasa dijadikan ayat dalam placeholder text ini hanyalah berfungsi sebagai dummy text.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan anda gambaran awal bagaimana sesebuah perenggan, poster atau laman web itu terhasil dengan font yang telah dipilih.

lorem ipsum contoh
Contoh artikel yang guna lorem ipsum

Tambahan lagi, teks tersebut turut digunakan agar anda atau pembaca tidak terganggu dengan ayat yang dipapar.

Sebagai contoh, jika anda sedang mencipta laman web dan memaparkan kepada pelanggan dengan sebuah artikel, pelanggan anda akan lebih fokus pada kandungannya berbanding rupa bentuk laman web yang dipapar.

The quick brown fox

Dalam situasi lain, “lorem ipsum” ini seakan dengan ayat “The quick brown fox jumps over the lazy dog” dimana ia mengandungi kesemua abjad dan digunakan untuk memberikan anda gambaran awal terhadap sesebuah font.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY