MARA Digital Mall ialah sebuah projek di bawah Datuk Seri Ismail Sabri ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Cawangan pertamanya di Menara MARA, KL dirasmikan November 2015 dan kemudian berkembang ke serata negara termasuk Johor, Kuantan, Selangor, Pahang.
“Mana mungkin syarikat seperti ini (jenama pengeluar telefon) mahu beroperasi tanpa menilai dahulu potensi MARA Digital Mall… pastinya mereka tahu tempat ini berpotensi besar untuk berkembang,” katanya kepada pemberita semasa awal pembukaan MARA Digital Mall, 7 tahun lalu.
Luah mereka, ramai pelanggan menyangka MARA Digital Mall ialah Pertama Complex, justeru menyumbang pada ‘kesenduan’ satu-satunya cawangan yang masih bernyawa sekarang.
![MARA Digital Mall sewaktu awal hayatnya.](https://busanamenaramara.my/images/maradigital/maradigital2.jpg)
Para peniaga di sana bersetuju bahawa antara punca pusat beli-belah itu sepi ialah kekurangan usaha mempromosinya oleh pihak pengurusan sendiri, bukan faktor lokasi.
Akan tetapi, pengurusan baharu di bawah MARA didapati cuba menarik lebih banyak syarikat Bumiputera, kongsi salah seorang peniaga. Dia percaya ada masa depan yang cerah untuk mereka.
Justeru, para pekedai berharap usaha pemasaran dapat ditekankan oleh pengurusan baharu ini misalnya meletakkan papan iklan LED di luar bangunan agar dapat orang ramai sedar kewujudannya.
{suggest}
Suasana di sana agak sendu namun antara yang membuatkan peniaga di sana masih mampu melangsungkan perniagaan ialah faktor kos sewa yang 10 kali ganda lebih rendah berbanding bangunan lain
“Kami untung di sini sebab sewa rendah, walaupun pelanggan kurang masih dapat untung sebab sewa rendah sekitar RM2,000 hingga RM3,000 berbanding Low Yat berbelas ribu ringgit.” kata Bob salah seorang penyewa di sana.