Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
one  piece

Manga ‘Leaker’ Ditangkap, Tiada Lagi ‘Spoiler’ Awal

Diterbitkan Februari 6, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin berita yang kurang senang kepada peminat tegar manga, khususnya mereka yang gemarkan ‘spoiler‘, info awal berkaitan siri manga yang diikuti mereka sebelum siri penuh manga itu dikeluarkan.

Ini kerana, pihak polis Jepun telah berjaya menahan 2 orang warga asing berumur 30an di Tokyo yang didapati telah berkongsikan kandungan manga di internet sebelum manga rasmi diterbitkan oleh Shonen Jump.

Media NHK melaporkan, 2 individu itu yang merupakan pengurus syarikat yang berpangkalan di Tokyo telah ditangkap di Kumamoto kerana disyaki melanggar undang-undang hak cipta.

Mereka didakwa menyiarkan imej majalah manga di Internet sebelum ia dikeluarkan. Antara Manga yang ditiriskan mereka adalah OnePiece dan Jujutsu Kaisen.

Kalau anda tidak tahu, kebiasaannya episod baharu Manga sering didedahkan di media sosial sebelum ia diterbitkan secara rasmi.

Tambahan lagi, beberapa leaker Manga yang sebelum ini prolifik pun sudah mula berhati-hati dan mungkin menutup terus aktiviti mereka.

jujutsu kaisen

Susulan penangkapan tersebut, ia memberi impak besar dalam komuniti ini.

Sebagai contoh, seorang leaker yang terkenal dengan spoiler awal manga Jujutsu Kaisen mengatakan yang beliau akan menangguhkan pendedahan episod baharu Manga sebagai langkah untuk berjaga-jaga.

Sementara itu, Scanpiea, sebuah pasukan yang mengedarkan imbasan cetak rompak dalam talian pun sudah menyahaktifkan saluran X dan Discordnya.

My Hero Academia

Setakat ini, hanya segelintir leaker seperti TCP Scans dan beberapa leaker lain bagi siri My Hero Academia dan Jujutsu Kaisen telah menyatakan mereka akan menangguhkan spoiler masa depan buat sementara waktu selepas tindakan keras tersebut.

Berkaitan

  • Ujian JerryRig Dedahkan Titanium iPhone 15 Pro Lebih 'Power' Berbanding Galaxy S24 Ultra
  • Pelbagai Gelagat Pelik Dirakam Pengguna Bersama Apple Vision Pro
  • Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto

Sumber: NHK, Kodansha, CBR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY