Mamba Week - Sambutan Oleh Nike Sempena Ulang Tahun Legasi Kobe Bryant

Nike meraikan ulang tahun Kobe Bryant, lagenda Los Angeles Lakers secara istimewa. Dalam sambutan yang disebut "Mamba Week", Nike akan melancarkan beberapa barangan Kobe Bryant sepanjang minggu ini. Usaha ini adalah sebagai tanda memperingati ulang tahun ke-42 juara NBA sebanyak 5 kali pada hari Ahad, 23 Ogos.



Warisan Black Mamba akan sentiasa diingati dan satu cara untuk mengekalkannya adalah melalui barangan yang Kobe pernah bekerjasama dalam menghasilkannya.

Dengan itu, Nike mengeluarkan pelbagai rekaan Nike Kobe 5 Protro termasuk "What If?", kolaborasi dengan Undefeated, dan juga pengeluaran semula jersi Los Angeles Lakers "Black Mamba" City Edition.



Bukan sahaja Nike memberi penghormatan melalui barisan produk itu, bahkan Nike Foundation juga telah mengumumkan akan menyumbangkan US$1 juta (~RM4.1 juta) kepada Mamba and Mambacita Sports Foundation untuk mengenang Kobe, anaknya Gianna, dan tujuh orang yang turut kehilangan nyawa secara tragis pada bulan Januari yang lalu.

Berikut adalah senarai barangan yang akan dikeluarkan oleh Nike sepanjang "Mamba Week" tahun ini:

1. Nike Kobe 5 Protro 'Big Stage'


mamba week
Harga: US$180 (~RM752)

Tarikh dikeluarkan: Ahad, 23 Ogos

Sempena ulang tahun ke-10 Kobe Bryant memegang gelaran pemenang NBA ke-5, dan untuk mengenang, Nike mengambil inspirasi dari kasut yang dipakai oleh Kobe dalam gelanggang dengan keluaran Nike Kobe 5 Protro "Big Stage". Rekaan ini menggabungkan warna asli home dan away Kobe 5 "Big Stage" tetapi ditambah dengan perincian tatu yang diinspirasikan oleh pencapaian-pencapaian Kobe dari musim '09-'10.

2. Nike Kobe 5 Protro '5X Champ'



Harga: US$180 (~RM752)

Tarikh dikeluarkan: Isnin, 24 Ogos 

Bertemakan warna jaket kejuaraan yang dipakai oleh Kobe selepas kejuaraan NBA kedua dan ketiga, Nike Kobe 5 Protro "5X Champ" ini hadir dengan warna pasukan Los Angeles Lakers. Bahagian atas kasut dikenakan dengan tekstur berwarna ungu dan dipasangkan dengan aksen hitam dan juga emas.

3. Los Angeles Lakers City Edition Jersey


mamba week


Harga: US$120 (~RM501)

Tarikh dikeluarkan: Isnin, 24 Ogos 



4. Undefeated x Nike Kobe 5 Protro 'What If?'



Harga: Belum diumumkan

Tarikh dikeluarkan: Khamis, 27 Ogos 


Jenama yang berpangkalan di Los Angeles, iaitu Undefeated, turut serta dalam sambutan "Mamba Week" dengan memperkenalkan pek Nike Kobe 5 Protro "What If?", yang memperingati hari Kobe Bryant dipilih pada bulan Jun 1996. Rekaan pertama yang diinspirasikan oleh warna pasukan dari 12 francais NBA yang melepaskan Kobe. Rekaan kedua mengenakan warna Charlotte Hornets, yang memilih Kobe sebelum akhirnya menyerahkan beliau ke Los Angeles Lakers.

5. Nike Los Angeles Lakers Authentic Jersey


mamba week
Harga: US$225 (~RM939)

Tarikh dikeluarkan: Khamis, 27 Ogos 

Sebelum menamatkan kariernya dengan memakai nombor 24, Kobe telah mengenakan nombor 8 di dadanya dengan jersi rasmi Los Angeles Lakers. Bersempena dengan "Mamba Week," Nike melancarkan jersi versi asli ini dengan warna ungu dan emas yang ikonik pada 27 Ogos.

6. Nike Kobe 5 Protro 'Girls EYBL'




Harga: US$180 (~RM752)

Tarikh dikeluarkan: Sabtu, 29 Ogos


Nike Kobe 5 Protro 'Girls EYBL' menggunakan warna hijau sebagai asas dengan corak kulit ular dengan lapisan kelabu cair, dilengkapkan dengan sedikit warna kuning dan oren salmon yang menyerlahkan lapisan dalaman dan tumit kasut. Kemasan gangsa pada garisan Swoosh dan logo di lidah melengkapkan rekaan kasut ini.

Sumber: Nike News

Baca lagi: Pandangan Pertama Rekaan G-Wagen Virgil Abloh x Mercedes-Benz