Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Muat Turun Percuma Sebar ‘Malware’ Sasar Pengguna Linux

Perisian Muat Turun Percuma Sebar ‘Malware’ Sasar Pengguna Linux

Diterbitkan September 15, 2023 · Dikemas kini September 15, 2023 oleh ariff bukhari

Kaspersky mendedahkan kempen berniat jahat di mana pemasang perisian muat turun percuma, Free Download Manager telah digunakan untuk menyebarkan pintu belakang Linux selama sekurang-kurangnya 3 tahun.

Penyelidik Kaspersky mendapati, mangsa dijangkiti apabila mereka memuat turun perisian itu dari laman sesawang rasmi.

Ini menunjukkan bahawa berkemungkinan ia adalah bentuk serangan rantaian bekalan (supply chain attack).

Varian perisian hasad yang digunakan dalam kempen ini mula dikenal pasti pada tahun 2013 dahulu lagi. Mangsa mereka pula adalah pengguna dari pelbagai negara termasuklah Brazil, China, Arab Saudi dan Rusia.

Screenshot 2023-09-15 at 2.19.55 PM
Seorang pengguna Reddit tertanya-tanya sama ada mereka boleh memasang Free Download Manager tanpa menjalankan skrip yang ternyata mengandungi perisian hasad

“…terdapat salah tanggapan yang meluas bahawa Linux kebal terhadap perisian hasad, menyebabkan banyak sistem ini tanpa perlindungan keselamatan siber yang mencukupi. Kekurangan perlindungan ini menjadikan sistem ini menjadi sasaran yang menarik kepada penjenayah siber.” Georgy Kucherin, pakar keselamatan di GReAT, Kaspersky.

Semasa penyiasatan ke atas panduan pemasangan Free Download Manager di YouTube untuk komputer Linux, penyelidik Kaspersky menemui insiden di mana pencipta video secara tidak sengaja mempamerkan proses jangkitan awal: mengklik butang muat turun di tapak web rasmi mengakibatkan versi hasad Free Download Manager dimuat turun.

Berkaitan

  • Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
  • Sebab Kenapa Siri iPhone 15 Pro Adalah Sebuah Telefon 'Gaming' Paling Berkuasa
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max

Sumber: Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY