Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malaysia jalur gemilang

Malaysia Terbaik Di Dunia Dalam Data Terbuka, Skor Hampir 100%

Diterbitkan April 30, 2025 · Dikemas kini April 30, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan Inventori Data Terbuka (ODIN) 2024/25 oleh badan Pemerhati Data Terbuka (ODW)  menunjukkan bahawa negara-negara di dunia sedang membuat kemajuan dalam sistem data terbuka mereka melalui komitmen politik, fokus strategik dan kepimpinan institusi.

Menurut ODW, Chile, Malaysia dan Arab Saudi membuktikan bahawa pelaburan dalam data terbuka memberi pulangan, walaupun pendekatan mereka berbeza.

ODW mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling menonjol di dunia dalam data terbuka dengan peningkatan skor sebanyak 99% sejak 2017, terutamanya antara 2022 dan 2024.

Malaysia Terbaik Di Dunia Dalam Data Terbuka, Skor Hampir 100%

Lonjakan ini banyak disumbangkan oleh pelancaran portal OpenDOSM pada 2023, yang memusatkan data secara moden dan mesra pengguna.

Portal ini meningkatkan akses kepada format boleh dibaca mesin, metadata, dan pilihan muat turun.

Malaysia Terbaik Di Dunia Dalam Data Terbuka, Skor Hampir 100%

Laporan ODIN memuji Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang berusaha menutup jurang data—seperti data jantina dan subnasional—dengan menerbitkan set data berorientasikan SDG.

DOSM juga menggalakkan perkongsian dan penyeragaman data antara agensi untuk memperbaiki kualiti dan kebolehgunaan data.

ODW menyatakan, pengalaman Malaysia membuktikan bahawa peningkatan pesat dalam data terbuka boleh dicapai melalui hala tuju teknikal yang jelas, kerjasama institusi, dan pemusatan platform.

ODW turut mengesyorkan untuk Malaysia mengambil langkah seterusnya termasuk menaik taraf portal OpenDOSM, meningkatkan literasi data terbuka, dan memperluas kesedaran orang ramai terhadap statistik rasmi.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Malaysia Dilapor Bersedia Jadi “Bank Karbon” Bawah Tanah Untuk Jepun
  • Imbas Kod QR, Rugi Ribuan Ringgit — Ini Bagaimana 'Scam' QR Berlaku

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY