Malaysia Sudah Memulakan Draf Berkenaan Perniagaan Berasaskan Matawang Krypto

Malaysia melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan draf pertama bagi peraturan berkenaan mata wang digital yang semakin mendapat perhatian semua pihak. Mata wang digital seperti Bitcoin masih lagi tidak sah digunakan secara rasmi di negara ini.

Draf itu dibuat untuk panduan orang awam dan pertukaran mata wang digital akan diletakkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 (AMLA).



Gabenor Bank Negara, Muhammad Ibrahim berkata yang pihaknya sudah memulakan kerja-kerja struktur pengawalseliaan untuk mata wang digital bagi mencegah kegiatan seperti penggubahan wang haram dari menggunakan medium terbaru itu.

BNM berkata garis panduan tersebut merupakan langkah pertama bagi memastikan aktiviti berkenaan mata wang digital di negara ini lebih telus.

 

Berkaitan