Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e-mel spam

Malaysia Negara Ke-2 Di Asia Pasifik Dengan Ancaman E-Mel Penipuan Paling Tinggi

Diterbitkan Ogos 26, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut laporan yang didedahkan oleh syarikat keselamatan siber, Kaspersky, lebih separuh daripada e-mel palsu yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia.

Sehingga Ogos 2022, Malaysia adalah antara lima negara teratas di Asia Pasifik termasuk Vietnam, Jepun, Indonesia dan Taiwan yang mengumpul 61.1 peratus daripada jumlah e-mel penipuan yang dikesan oleh Kaspersky.

Berkaitan

  • 7 Panduan Dari CyberSecurity Malaysia Supaya Pengguna Tidak Tertipu Dengan Penipuan Dalam Talian
  • Ini Perbezaan Taktik 'Scam' Guna Pancingan Data Phishing, Vishing Dan Smishing

Vietnam mendahului senarai e-mel spam paling banyak dikesan dengan jumlah 3.09 juta e-mel dan diikuti oleh Malaysia di tangga kedua dengan ancaman e-mel penipuan sebanyak 2.36 juta. Jepun dan Indonesia masing-masing dengan 1.86 juta dan 1.8 juta e-mel. Manakala, Taiwan di tangga kelima dengan 1.4 juta e-mel penipuan.

Penyelidik keselamatan Kaspersky, Noushin Shahab menyatakan penggunaan meluas perkhidmatan dalam talian seperti membeli-belah dalam talian adalah antara punca yang menjadikan individu lebih terdedah untuk menjadi mangsa penipuan.

Pemantauan berterusan syarikat itu terhadap ancaman siber semasa yang beroperasi di negara-negara Asia Pasifik turut menunjukkan bahawa majoriti pelaku ancaman ini menggunakan teknik ‘phishing’ (memancing data bersasar) yang bernama ‘spear phishing’ (pancing data serampang) untuk menceroboh sistem organisasi.

Bagaimanapun, Noushin memaklumkan bahawa bilangan e-mel penipuan yang dikesan oleh Kaspersky telah menyaksikan penurunan secara beransur-ansur selepas kemuncaknya pada 2019.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY