Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infrastruktur AI pertama Malaysia

Malaysia Kini Ada Ekosistem AI Sendiri – Semua Data 100% Diproses, Disimpan Dalam Negara

Diterbitkan Mei 19, 2025 · Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh Amalina Athman

Malaysia secara rasmi melancarkan Infrastruktur Strategik Kecerdasan Buatan (AI), menjadi negara pertama di luar China yang melaksanakan penggunaan model bahasa raya (LLM) sumber terbuka DeepSeek pada skala nasional, dan pertama di rantau ini yang memiliki ekosistem AI dikendalikan sepenuhnya dalam negara.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata inisiatif itu adalah langkah penting dalam pembangunan AI negara.

Dengan menyesuaikan model bahasa seperti DeepSeek dan hosting servers secara dalaman, ia akan meningkatkan kawalan penuh ke atas AI dengan memastikan data diproses secara tempatan, sekali gus melindungi privasi pengguna dan keselamatan data.

Inisiatif tersebut dibangunkan oleh syarikat tempatan Skyvast dan peneraju pengesahan IC (Integrated Circuit), Leadyo.

Keistimewaan projek ini ialah data akan disimpan di Malaysia, diuruskan rakyat Malaysia dan akhirnya digunakan juga oleh rakyat Malaysia. Dengan ini, kita dapat memastikan keselamatan dan jaminan terhadap AI negara. Ia tidak lagi seperti cloud atau pusat data di luar negara, sebaliknya kini di Malaysia – pelayan (server) juga di Malaysia, diurus oleh Malaysia, dan ejen AI juga akan dibangunkan oleh rakyat Malaysia.

Teo turut menyatakan bahawa projek itu menandakan penggunaan pertama cip dan pelayan bersama model DeepSeek di luar China, menjadikannya yang pertama di rantau ini.

Platform yang disifatkan sebagai infrastruktur AI nasional pertama di negara ini turut dibangunkan untuk membantu kerajaan, perniagaan dan universiti, memanfaatkan teknologi AI dengan lebih berkesan.

Antara pengguna awal platform ini termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Komunikasi, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Cyberview Sdn Bhd, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Google Akan Bangun Pusat Data Besar Di Malaysia – Port Dickson Jadi Tumpuan Baharu
  • Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan AI - Anwar
  • Robotik & AI Kini Jadi Laluan Kepakaran Dalam Program Mekatronik Di Malaysia

Sumber: Berita RTM

Gambar utama: Fakulti AI UTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY