Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Dijangka Akan Terima Bekalan Vaksin Covid-19 Hujung Februari 2021

Malaysia Dijangka Akan Terima Bekalan Vaksin Covid-19 Hujung Februari 2021

Diterbitkan Januari 11, 2021 oleh Meor Hasyim

Menerusi perutusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sempena arahan PKP selama 14 hari bermula 13 Januari, beliau turut mengulas mengenai status vaksin yang rakyat bakal terima tidak lama lagi.

Melaluinya, Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari 2021 nanti yang telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sehubungan dengan itu, KKM telah membangunkan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai persediaan awal untuk memastikan pengagihan vaksin berjalan lancar apabila vaksin diperolehi.

Untuk mencapai imuniti kelompok atau herd immunity, sebanyak 60%-70% atau 20-23 juta populasi Malaysia perlu diberikan vaksin.

Selain itu, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi.

Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY