Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Login into account and fishing hook.

Malaysia Antara Negara Asia Tenggara Paling Banyak Berdepan Serangan ‘Phishing’ – Kaspersky

Diterbitkan Julai 18, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan data Kaspersky, Malaysia kekal antara yang teratas berdepan dengan serangan ‘phisihing‘ melalui e-mel.

Menurut Cybersecurity Malaysia, Malaysia melaporkan sebanyak 4,741 ancaman siber pada tahun 2022 lalu dan telah merekodkan sejumlah 456 kes penipuan setakat Februari 2023.

Lebih membimbangkan lagi, jumlah kerugian  yang sudah dicatatkan adalah RM27 juta setakat Februari 2023 sahaja seperti yang direkodkan oleh Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Kaspersky berkata, serangan ‘phishing‘ (pancingan data) melalui e-mel di Malaysia kekal pada kadar yang membimbangkan. Pada tahun 2022, Sistem Anti-Phishing Kaspersky telah menyekat sebanyak 8,267,013 serangan.

Kaspersky blocks more than 43M phishing attacks in SEA 2022_v3-02
Nombor tersebut mewakili mel berniat jahat yang disekat oleh sistem Anti-Phishing Kaspersky pada tahun 2022 di Malaysia, untuk pengguna individu dan perusahaan.

Kaspersky juga mendapati diperingkat global juga, bilangan serangan pancingan data meningkat dengan ketara pada tahun lepas. Kaspersky berkata, Sistem Anti-Phishing mereka telah menghalang sebanyak 507,851,735 percubaan untuk mengikuti pautan pancingan data.

“Malaysia kekal sebagai 3 teratas dalam kalangan negara di Asia Tenggara dari segi e-mel berniat jahat yang disekat oleh Kaspersky. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa trend pancingan data meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Taktik ini kekal sebagai teknik jangkitan untuk penjenayah siber kerana pancingan data benar-benar berkesan dan mudah dijalankan.” Adrian Hia, Pengarah Urusan untuk Asia Pasifik di Kaspersky.

kaspersky phishing

Berkaitan

  • Acer Swift X 14 Rasmi, 3 Model Diperkenalkan Bermula Harga RM5999
  • Pengguna iOS Kini Boleh Log Masuk TikTok Lebih Mudah, Ini Caranya
  • WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu 'Save' Nombor

Sumber: Siaran Media Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY