Malaysia Akan Menggunakan Penyelesaian Bandar Pintar DSPOne Untuk Penggerak Taman Teknologi

Malaysia akan mencuba produk penyelesaian bandar pintar dari vendor syarikat Korea Selatan, DSPOne di Taman Teknologi Malaysia (TPM).

DSPOne telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementrian Sains dan Teknologi (MOSTI) untuk menyertai bukti konsep bandar pintar untuk taman itu. MOSTI akan membiayai program itu dan memantau sokongan untuk penggerak program itu.

DSPOneĀ  akan membekalkan alatan utama dan platform sementara syarikat domestik DSPOne akan menyelia segala operasi yang dijalankan.

Penyelesaian itu jika diluaskan akan mesasar pulau-pulau biasa untuk mengkuasakan mereka dengan kuasa yang mampan.

"Misi kami adalah untuk mencari teknologi-teknologi baru." kata Abu Bakar bin Mohamad Diah, timbalan menteri MOSTI, dalam lawatan beliau ke Seoul untuk menandatangani MOU tersebut. "Kami ingin membina taman pintar dengan DSPOne dan memperkenalkan kepada orang awam apa itu bandar pintar."

"Kita akan melihat perkembangan ini dan mungkin akan mengadaptasinya ke bandar-bandar lain."

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan penggerak bandar pintar Malaysia dan akan menawarkan solusi yang terbukti untuk menikmati pengalaman bandar pintar sebaik mungkin," kata CEO DSPOne, Hong Dong-ho.

DSPOne menawarkan solusi dalam bentuk Giga Wi-Fi, tenaga solar, sistem penyimpanan tenaga (ESS), dan lampu LED. Syarikat bermula sebagai vendor pemprosessan isyarat digital tetapi telah mengembangkan platform bisnes IT sejak 2014.

Ia telah dibekalkan ke India, Vietnam, Thailand dan percaya program ini akan mendapat manfaat optimum kepada negara-negara pulau di Asia Tenggara.

Syarikat Korea Selatan itu berkata pelan jangka panjang mereka ialah untuk meluaskan bisnes itu dari negara ke negara dan mengaplikasikan ke projek di wilayah Jeolla, daerah barat daya Korea Selatan dimana terdapat 2,165 pulau berdaftar.

Pulau-pulau itu telah berjaya melalui tempoh percubaan pulau pintar dikuasakan dengan sumber teknologi bebas.

DSPOne menjangkakan mendapat pulangan sebanyak 15 juta dolar dari projek pulau pintar antara negara menjelang 2020.

Taman Teknologi Malaysia telah ditubuhkan pada 1996 dan merupakan tempat Kerajaan Malaysia memupuk teknologi dan bakat baru.

Sumber