Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malam Kini Semakin Panas, Risiko Kematian Lebih Tinggi – Kajian

Malam Kini Semakin Panas, Risiko Kematian Lebih Tinggi – Kajian

Diterbitkan Ogos 12, 2022 oleh ariff bukhari

Saintis dalam penerbitan terbaru berkaitan kajian kesan pemanasan global mendedahkan suhu di sebelah malam semakin meningkat pada paras merbahaya.

Penemuan dari hasil kajian bertajuk ‘The effects of night-time warming on mortality burden under future climate change scenarios: a modelling study‘ itu diterbitkan dalam jurnal The Lancet Planetary Health.

Dalam kajian itu mendapati, risiko kematian relatif di sebelah malam yang panas boleh menjadi 50% lebih tinggi daripada hari dengan malam yang tidak panas.

“Risiko peningkatan suhu pada waktu malam sering diabaikan”, Dr Yuqiang Zhang, saintis di Jabatan Sains Alam Sekitar dan Kejuruteraan di Sekolah Gillings.

Berkaitan

  • 5 Punca Kenapa Telefon Pintar Cepat Panas
  • Agensi Angkasa Malaysia Sahkan Kejadian Ribut Solar Kelas G2 Melanda Bumi
  • Akibat Suhu Lebihi Paras Normal, Dunia Saksikan Ais Antartika Seluas Bandar Los Angeles Runtuh

Set data hasil kajian itu itu diperolehi daripada 28 bandar di 3 negara iaitu Jepun, Korea Selatan dan China meliputi 9,185,598 kematian.

Malah dalam kajian itu juga mendedahkan bahawa suhu panas di malam hari akan meningkat sebanyak 50% menjelang tahun 2100.

Haba persekitaran pada waktu malam boleh mengganggu fisiologi normal tidur.

Kurang tidur kemudian boleh menyebabkan kerosakan sistem imun seterusnya berisiko mendapat penyakit kardiovaskular, penyakit kronik, keradangan dan keadaan kesihatan mental yang lebih tinggi.

Sumber: UNC, Science direct

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY