Main PUBG Mobile Secara Berterusan Pada Vivo S1, Dan Ini Pandangan Kami

PUBG Mobile bukan lagi 'game' yang perlu saya kenalkan lagi. Boleh dilebelkan sebagai permainan mudah alih sepanjang zaman dan semenjak dua tahun lepas PUBG Mobile menjadi pilihan dalam arena e-sukan termasuklah Mobile Lagend.

Permainan ini boleh dimainkan di setiap telefon pintar dipasaran ketika ini, namun, setiap peranti mempunyai prestasi dan limitasi tersendiri untuk memainkan permainan ini. PUBG Mobile juga boleh dikatakan permainan mudah alih yang sangat 'graphic demanding'  dan betul-betul mengerah tenaga cip pemprosesan dan bateri peranti yang memainkannya.

Oleh kerana itu, saya mencuba bermain PUBG Mobile menggunakan peranti yang disebut-sebut iaitu Vivo S1 untuk melihat sejauh manakah kemampuan peranti ini. Kerana apa saya pilih Vivo S1?



Satu, sebab ramai yang bertanya adakah ia bagus untuk kegunaan gaming. Kedua, saya sendiri mahu melihat keupayaan cip pemprosesan Mediatek Helio P65, kerana saya tahu ramai lagi yang masih skeptikal dengan cip dari Mediatek yang umum menggelarkannya 'cip cepat panas'.

Saya memulakan permainan dengan bateri penuh 100%. Dibekalkan dengan bateri sebesar 4,500mAh, saya menjangkakan peranti ini dapat bertahan paling kurang 4 jam bermain PUBG Mobile secara berterusan.



Vivo S1 ini menyokong tetapan tertinggi grafik HD pada frame rate HIGH. Sebelum memulakan permainan, saya menyukat suhu peranti ini yang tidak menjalankan sebarang aplikasi di latar belakang dan mencatatkan suhu 32°C.

Pada seawal 15 minit pertama saya sudah merasakan suhu sedikit meningkat (40°C) dibahagian atas peranti. Namun peningkatan suhu ini tidaklah menggangu saya ketika bermain dan ia adalah satu perkara yang masuk akal kerana cip pemprosesan sedang bekerja keras mengeluarkan sedikit haba.



1 jam pertama saya mendapati Vivo S1 tidak mengalami frame drop yang ketara. Peranti ini mampu mengekalkan 30 fps secara konsisten walaupun dalam beberapa situasi jatuh ke 28-26 fps sekali sekala.

Namun saya dapati peranti ini mengalami frame drop pada awal permainan sewaktu mahu mendarat. Mungkin disebabkan cip pemprosesan berkerja keras untuk membuka 'map'yang luas. Sejurus sahaja mendarat, saya kembali mendapat bacaan 30fps.





3 jam seterusnya saya merasakan peranti ini tidak menjadi semakin panas. Malah apabila saya menyukat, suhu peranti jatuh pada 38°C. Membuatkan saya menggaru kepala dan pada masa yang sama senyum lebar kerana saya tidak lagi memperoleh 'Winner Winner Chicken Dinner' dan masih boleh meneruskan permainan tanpa gangguan

Masuk ke 4 jam, saya sudah merasakan peranti ini mula mengalami frame drop sehingga 25 fps, saya beranggapan ini kerana bateri sudah berada pada tahap kritikal (18%). Tetapi secara purata ia masih lagi stabil pada 30 fps dan 28 fps. Sukatan suhu mendapati ia berada pada 42°C.

Peranti saya mati kehabisan bateri dan merekodkan jangka hayat lebih kurang 5 jam 10 minit memainkan PUBG Mobile secara berterusan. Suhu dicatatkan pada 40°C selepas peranti kehabisan bateri.



Apa yang saya boleh katakan Vivo S1 ini mengendali PUBG Mobile dengan baik. Walaupun tidak mampu menggalas grafik tertinggi, namun bermain pada grafik medium sudah cukup memuaskan dengan bantuan ciri Ultra Game Mode dari Vivo.

Suhu cip Helio P65 pun tidaklah sepanas seperti yang diperkatakan. Malah pengurusan baterinya juga cukup baik, ia dapat memainkan PUBG Mobile lebih lama dari jangkaan awal saya. Ciri Game Assistant Multi Turbo juga membantu dari segi pengurusan bateri dan prestasi cip pemprosesan ini.



Vivo S1 membawakan spesifikasi seperti skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.38 inci. Bermain permainan pada skrin AMOLED sudah tentu memberikan keenakan teramat dengan menghasilkan warna yang lebih dinamik.

Vivo S1 dijual pada harga RM1,099 dengan RAM 6GB dan ruang simpanan 128GB. Peranti ini boleh dibeli dari mana-mana kedai konsep Vivo seluruh negara, pengedar sah, atau secara dalam talian dari Vivo E-StoreLazadaShopee atau Sengheng.