Main Game Tak Boleh Buat Duit? Inilah 10 Pemain Dota 2 Malaysia Yang Berjaya Mengutip Hadiah Jutaan Ringgit

Sesetengah daripada kita mungkin beranggapan bermain permainan video hanyalah membuang masa dan tidak mendatangkan keuntungan.

Namun itu semua hanyalah pendapat beberapa pihak sahaja kerana jika dilihat perkembangan arena e-sukan di Malaysia, ia mengatakan perkara yang sebaliknya.

Dalam kedudukan negara yang mengutip pendapatan tertinggi dalam e-Sukan, Malaysia diletakkan pada tangga ke-21 hasil kejayaan dari 424 pemain profesional tempatan.

Berjaya mengutip hadiah lumayan melalui pertandingan yang disertai, berikut adalah 10 atlet e-Sukan negara dengan kutipan hadiah tertinggi sepanjang karier mereka.

10. Lee "kYxY" Kong Yang




Kutipan hadiah kemenangan: RM515,384

Bermula dengan MUFC pada 2011, kYxY mengembangkan lagi karier beliau dalam Dota 2 dengan menyertai pasukan Orang Esport pada tahun berikutnya. Kini memegang peranan sebagai Carry untuk pasukan TNC Tigers.

9. Lim "Net" Wai Pern




Kutipan hadiah kemenangan: RM623,374

Sama seperti kYxY, pemuda berusia 27 tahun ini memulakan karier sebagai pemain profesional Dota 2 bersama MUFC dan seterusnya menyertai Orange Sport pada 2013.

Baru-baru ini pasukannya, Battle Arena Elites telah bertanding dalam The International 2018, namun tersingkir diperingkat kelayakan Asia Tenggara.

8. Kam "Moon"  Boon Seng




Kutipan hadiah kemenangan: RM827,935

Ketika menganggotai GeNySis, Moon lebih dikenali sebagai NaNa. Mula mendapat perhatian setelah berjaya memasuki peringkat suku akhir The Boston Major pada tahun 2016.

April lalu, beliau dan pasukannya, Mineski, dinobatkan sebagai juara Dota 2 Asia Championship.

7. Yap "xNova" Jian Wei




Kutipan hadiah kemenangan: RM1,195,358

Bermain dota sejak dibangku sekolah lagi, xNova mula bertapak secara serius dalam arena Dota secara profesional pada 2015 melalui Lowyat.net Esports.

Awal tahun ini, LGD Gaming sebuah pasukan dari China telah mengumumkan xNova bakal menyertai mereka bagi menggantikan Yao yang mahu berehat seketika.

6. Adam Erwann Shah "Adam" bin Akhtar Hussein




Kutipan hadiah kemenangan RM1,486,246

Pernah dikenali sebagai "343", karier profesional bermula dengan penyertaan bersama pasukan Duskbin e-Sport pada penghujung 2013.

Melatih compLexity Gaming pada 2017 bagi kelayakan The International 2017 untuk Amerika Utara. Adam seterusnya berpatah balik ke Fnatic, pasukan yang pernah disertainya sebelum ini sebagai jurulatih. Terkini, beliau sekali lagi ke compLexity Gaming dengan memegang peranan sebagai Support.

5. Chong "Ohaiyo" Xin Khoo




Kutipan hadiah kemenangan: RM2,367,262

Pasukan profesional pertamanya adalah MUFC. Tahun 2016 merupakan tahun terbaik bagi Ohaiyo selepas beliau bersama Fnatic berjaya menggondol RM1,596,127 dalam The International 2016.

Ketika ini, Ohaiyo bermain sebagai offlaner untuk Battle Arena Elites.

4. Tue "Ah-fu" Soon Chuan




Kutipan hadiah kemenangan: RM2,404,748

Bermula sebagai pemain amatur untuk pasukan Nara Stack, kebolehan Ah-Fu ditagih pasukan berpengkalan di China LGD.Forever Young.

Menjadi jutawan segera pada tahun lalu selepas beliau dan pasukannya, mendapat tempat ketiga dalam The International dengan hadiah bernilai RM RM11.2 juta.

3. Wong "ChuaN" Hock Chuan




Kutipan hadiah kemenangan: RM3,017,875

Lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur, ChuaN meminati bola keranjang. Namun begitu, beliau terpaksa melupakan sukan berkenaan disebabkan mengalami kecederaan.

Selepas dari itu, ChuaN menumpukan perhatian kepada permainan Dota dan kini beliau merupakan antara salah seorang pemain Dota 2 terbaik Malaysia.

2. Zheng "MidOne" Yeik Nai




Kutipan hadiah kemenangan: RM3,199,542

Berminat terhadap permainan video sejak kecil lagi. Memainkan Tetris ketika berusia 3-4 tahun, dan kemudiannya beralih kepada permainan konsol PlayStation 1.

Bermula bermain Dota menuruti abangnya, karier dalam Dota 2 mula bercambah sedikit demi sedikit. Walaupun, sibuk bermain, MidOne merupakan pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal.

1. Chai "Mushi" Yee Fung




Kutipan hadiah kemenangan: RM3,819,744

Berumur 28 tahun, Mushi merupakan atlet e-Sukan paling berjaya dari Malaysia. Namanya menjadi sebutan peminat Dota 2. Pertama kali bertanding di kejohanan The International pada 2013, Mushi dan Orange Esport berjaya mendapat tempat ketiga dan tahun berikutnya di kedudukan keempat bersama pasukan Team DK.

Kedudukan yang sama juga berjaya dirangkul pada dua tahun berikutnya bersama dengan pasukan Fnatic dan membawa pulang wang bernilai RM 5.6 juta.

Senarai yang dibuat ini adalah berdasarkan penyenaraian daripada esportearnings.com dan ia tidak mengambil kira gaji pemain, tajaan dan beberapa perkara lain.

Boleh dilihat Malaysia mempunyai ramai pemain e-Sukan bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja Dota 2, beberapa permainan lain seperti PES, FIFA 17, dan Counter Strike.

Tak mustahil ada dalam kalangan anda yang mempunyai minat mendalam dalam permainan video mampu menjadi seperti Mushi dan yang lain-lain.

Sumber:esportearnings.com, gamehubs, liquipedia

Berkaitan