Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mahu Ikut Jejak Sony Dan Microsoft, Huawei Mungkin Hadir Dengan Konsol Gaming Sendiri

Mahu Ikut Jejak Sony Dan Microsoft, Huawei Mungkin Hadir Dengan Konsol Gaming Sendiri

Diterbitkan Februari 11, 2021 ยท Dikemas kini Februari 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Kalau sebelum ini KFC menjadi bualan hangat di arena web apabila mereka memperkenalkan KFConsole, mungkin selepas ini dunia gaming akan lebih rancak.

Ini kerana terdapat laporan mengatakan Huawei sedang merancang untuk mengeluarkan konsol gaming mereka tersendiri.

Apa yang menjadi menarik adalah mereka mahu bersaing dengan konsol PlayStation dari Sony dan Microsoft Xbox.

huawei konsol

Bermakna cita-cita Huawei bukan kecil kerana PlayStation dan Xbox merupakan konsol yang berkuasa.

Walaupun ia hanya spekulasi awal tetapi tidak mustahil kerana Huawei mungkin akan bekerjasama dengan Tencent dalam membangunkan permainan tersendiri.

Akan tetapi banyak cabaran yang perlu ditempuhi Huawei kerana Sony dan Microsoft sudah lama bertapak dalam industri konsol gaming.

huawei laptop gaming

Dalam pada itu, Huawei juga akan fokus untuk memperluaskan lagi segmen komputer riba mereka dengan notebook gaming.

Menurut sumber weibo, mereka akan melancarkan komputer riba gaming tersebut seawal tahun ini untuk bersaing dengan jenama lain.

Buat masa sekarang, tiada lagi maklumat spesifikasi atau harga bagi komputer riba gaming ini.

Sumber: weibo via gizmochina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY