Mac Pro Dan Apple Pro Display XDR Telah Mula Dijual Di Malaysia

Berita gembira khususnya buat para pengguna Mac di Malaysia kerana hari ini, Apple (MY) telah mengesahkan Mac Pro dan Apple Pro Display XDR telah mula dijual di Malaysia.

Mac Pro : Dibina Untuk Prestasi Maksimum




Mac Pro 2019 hadir dengan model permulaan yang menggunakkan “8 core intel Xeon Processor” yang boleh beroperasi secara maksimum. Xeon Processor tersebut amatlah sesuai bagi golongan profesional dan ia juga hadir dengan model 28core.

Semakin banyak core pastinya semakin banyak “multitask” yang boleh dijalankan dan ia juga hadir dengan kad grafik AMD Radeon Pro Vega ii dengan menggunakkan memori jalur lebar 32GB dan boleh ke 1TB menjadikan ia sebuah GPU yang paling berkuasa.

Harga jualan bagi Mac Pro 2019 ini bermula dari RM25,999

Pro Display XDR : Panel Berkuasa Untuk Golongan Profesional




Hadir dengan panel 6K Retina dengan saiz 32inch, Apple Pro Display XDR dilihat amat sesuai bagi golongan profesional. Mempunyai 1,000,00:1 “contrast ratio” dan kecerahan maksimum 1,600 nits, ia dilihat mampu memberikan paparan yang amat jelas dan mempunyai julat dinamik yang tinggi.

Ia dijual pada tanda harga RM 19,999 untuk panel LED biasa dan untuk model yang menggunakkan paparan “Nano-texture glass”, ia dijual pada harga RM 25,999.



Turut ditawarkan juga ialah Pro Stand yang dijual pada harga RM 4,499, manakala VESA Mount Adapter pula dijual pada harga RM 899.

Sumber : Apple(MY)

Baca lagi : Mac Pro 2019 Adalah Komputer Mac Paling Berkuasa Yang Pernah Apple Hasilkan

Berkaitan