Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mac Pro 2019 Adalah Komputer Mac Paling Berkuasa Yang Pernah Apple Hasilkan

Mac Pro 2019 Adalah Komputer Mac Paling Berkuasa Yang Pernah Apple Hasilkan

Diterbitkan Jun 9, 2019 · Dikemas kini Jun 11, 2019 oleh ariff bukhari

Apple cuba melupakan kegagalan Mac Pro “tong sampah” dengan model terbaru Mac Pro 2019.

Mac Pro 2019 seperti yang umum sedia maklum, telah pun diperkenalkan Apple di WWDC 2019 baru-baru ini. Ia merupakan komputer meja paling berkuasa yang pernah Apple hasilkan.

Sekaligus menjadikannya sebagai komputer Mac paling mahal yang akan ditawarkan Apple kepada pembeli pada hujung tahun ini.

Mac Pro 2019 berharga dari USD5,999.00 bagi spesifikasi cip pemprosesan Intel Xeon W 8-core, RAM berkapasiti 32GB memori, kad grafik Radeon Pro 580X serta storan SSD berkapasiti 256GB.

Tidak sepertimana Mac Pro “tong sampah” yang terhad untuk pengguna menaik taraf perkakasannya, Mac Pro 2019 lebih mesra pengguna yang membolehkan mereka dengan mudah menaik taraf perkakasan Mac Pro tersebut kepada perkakasan yang lebih berkuasa.

Mac Pro 2019 Adalah Komputer Mac Paling Berkuasa Yang Pernah Apple Hasilkan
Pihak Apple sendiri mengakui kegagalan mereka membangunkan Mac Pro 2013. Atau ia lebih dikenali dikalangan peminat Mac sebagai Mac Pro tong sampah.

Mac Pro 2019 menyokong cip pemprosesan Intel Xeon W sehingga 28 teras, kapasiti RAM maksimum 1.5TB,  2X kad grafik AMD Radeon Pro Vega II Duo (bersamaan dengan 4 cip grafik AMD), 8 slot PCIe serta menyokong storan SSD berkapasiti sehingga 4TB.

Mac Pro 2019 Adalah Komputer Mac Paling Berkuasa Yang Pernah Apple Hasilkan
Tidak seperti model Mac Pro sebelum ini, Mac Pro 2019 turut disertakan bersama papan kekunci Magic Keyboard serta Magic Mouse 2. Juga kabel USB-C to Lightning (1m).

Namun begitu, belum ada sebarang info terperinci berkaitan harga bagi setiap spesifikasi yang ditawarkan untuk Mac Pro tersebut. Namun begitu dijangkakan harga Mac Pro ini dengan sepsifikasi tertingginya boleh mencecah lebih daripada USD45,000, menurut anggaran oleh portal The Verge.

Anggaran harga itu pula belum termasuk paparan Pro Display XDR yang berharga dari USD4,999 beserta Pro Stand nya yang berharga USD999.

Mac Pro 2019 Adalah Komputer Mac Paling Berkuasa Yang Pernah Apple Hasilkan
Mac Pro dan Pro Display XDR.

Jadi kesimpulannya, Mac Pro adalah pilihan komputer meja bagi pengguna Mac yang merasakan prestasi model iMac Pro masih belum cukup untuk mereka. Malah ia juga bukan untuk pengguna biasa.

Ini kerana Apple memang mensasarkan Mac Pro khusus untuk pengguna profesional dan syarikat-syarikat besar yang mahukan prestasi luar biasa bagi menjalankan projek-projek utama mereka khususnya dalam bidang industri kreatif.

Jadi bagi syarikat-syarikat tersebut, harga dari 6 ribu dolar hingga 80 ribu dolar untuk Mac Pro 2019 ini bukanlah suatu isu yang besar untuk mereka.

Malah Mac Pro juga bukanlah komputer paling mahal yang ada ditawarkan kepada pengguna. Ini kerana model komputer meja seperti Z8 G4 Workstation dari HP boleh dikonfigurasikan spesifikasinya yang boleh menjadikannya berharga lebih daripada 100 ribu dolar US.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY