Apple cuba melupakan kegagalan Mac Pro "tong sampah" dengan model terbaru Mac Pro 2019.
Mac Pro 2019 seperti yang umum sedia maklum, telah pun diperkenalkan Apple di WWDC 2019 baru-baru ini. Ia merupakan komputer meja paling berkuasa yang pernah Apple hasilkan.
Sekaligus menjadikannya sebagai komputer Mac paling mahal yang akan ditawarkan Apple kepada pembeli pada hujung tahun ini.
Mac Pro 2019 berharga dari USD5,999.00 bagi spesifikasi cip pemprosesan Intel Xeon W 8-core, RAM berkapasiti 32GB memori, kad grafik Radeon Pro 580X serta storan SSD berkapasiti 256GB.
Tidak sepertimana Mac Pro "tong sampah" yang terhad untuk pengguna menaik taraf perkakasannya, Mac Pro 2019 lebih mesra pengguna yang membolehkan mereka dengan mudah menaik taraf perkakasan Mac Pro tersebut kepada perkakasan yang lebih berkuasa.
Mac Pro 2019 menyokong cip pemprosesan Intel Xeon W sehingga 28 teras, kapasiti RAM maksimum 1.5TB, 2X kad grafik AMD Radeon Pro Vega II Duo (bersamaan dengan 4 cip grafik AMD), 8 slot PCIe serta menyokong storan SSD berkapasiti sehingga 4TB.
Namun begitu, belum ada sebarang info terperinci berkaitan harga bagi setiap spesifikasi yang ditawarkan untuk Mac Pro tersebut. Namun begitu dijangkakan harga Mac Pro ini dengan sepsifikasi tertingginya boleh mencecah lebih daripada USD45,000, menurut anggaran oleh portal The Verge.
Anggaran harga itu pula belum termasuk paparan Pro Display XDR yang berharga dari USD4,999 beserta Pro Stand nya yang berharga USD999.
Jadi kesimpulannya, Mac Pro adalah pilihan komputer meja bagi pengguna Mac yang merasakan prestasi model iMac Pro masih belum cukup untuk mereka. Malah ia juga bukan untuk pengguna biasa.
Ini kerana Apple memang mensasarkan Mac Pro khusus untuk pengguna profesional dan syarikat-syarikat besar yang mahukan prestasi luar biasa bagi menjalankan projek-projek utama mereka khususnya dalam bidang industri kreatif.
Jadi bagi syarikat-syarikat tersebut, harga dari 6 ribu dolar hingga 80 ribu dolar untuk Mac Pro 2019 ini bukanlah suatu isu yang besar untuk mereka.
Malah Mac Pro juga bukanlah komputer paling mahal yang ada ditawarkan kepada pengguna. Ini kerana model komputer meja seperti Z8 G4 Workstation dari HP boleh dikonfigurasikan spesifikasinya yang boleh menjadikannya berharga lebih daripada 100 ribu dolar US.
Berkaitan
- "What's Your Problem?" Robin Li Yanhong, CEO Baidu
- 29 Lokasi Dipilih Bagi Melihat Anak Bulan Ramadan Pada 22 Mac 2023
- Proton Dedah Bakal Lancar Model NEV Baharu Tahun Ini
- Microsoft Sedang Menjalankan Projek Rahsia Menggunakan Kod Nama 'Sun Valley'
- Pengasas Foxconn Menggesa Apple Supaya Melabur Di Taiwan Selain Di China
- Machines Sedang Tawar Promosi Istimewa Khusus Untuk Pelajar Universiti, Ini Cara Untuk Sertainya
- Microsoft Lancar Copilot Pro, Pembantu AI Lebih Berkuasa Dengan Langganan ~RM 93/bulan
- OPPO Find X3 Pro Edisi Photographer Didedahkan, Hasil Kerjasama Kodak
- Langganan Apple Arcade Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Peranti iOS
- Tanpa Simpati, Apple Enggan Memulangkan USD16 Ribu Yang Dibelanjakan Seorang Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Di Dalam App Store