Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘M-Junction Drive-In Cinema’ Akan Dilancarkan 28 Julai Ini

‘M-Junction Drive-In Cinema’ Akan Dilancarkan 28 Julai Ini

Diterbitkan Julai 25, 2020 oleh Nadiah Ab

Berikutan dengan pengumuman oleh M-Junction pada bulan yang lalu, akhirnya ‘M-Junction Drive-In Cinema’ akan dilancarkan pada 28 Julai ini.

Terletak di tempat letak kereta Lanai bersebelahan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), pengunjung boleh menonton filem yang disiarkan dari kenderaan masing-masing.

‘M-Junction Drive-In Cinema’ Akan Dilancarkan 28 Julai Ini
m-junction

Berlainan dengan Casuarina Sini-Drive, audio akan dikeluarkan dari sistem radio kenderaan sendiri melalui sambungan Bluetooth atau port AUX, yang disediakan oleh M-Junction. Manakala pembesar suara Bluetooth akan diberikan kepada kenderaan yang tidak mempunyai kedua-duanya.

Akan ada dua tayangan setiap hari – sesi pertama pada jam 7.30 malam dan sesi kedua pada kira-kira jam 9 malam ke atas.

Hanya 50 kenderaan dibenarkan masuk bagi setiap sesi. Kereta jenis sedan akan diletakkan di barisan hadapan dan dua barisan terakhir pula untuk kenderaan yang lebih besar seperti MPV dan SUV supaya pandangan penonton tidak terhalang.

Menurut pengarah penganjur, MD Event Asia, Jack Gill,

“As for the list of movies, we have identified a few movies but nothing is confirmed yet. Because we want to pick the right type of movies that people would go watch over and over again. There are certain types of movies that we identified that people will actually go and watch again and again.”

Katanya lagi, M-Junction nanti pastinya akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, faktor cuaca juga menjadi salah satu cabaran bagi penganjur dan sekiranya ada waktu di mana cuaca tidak mengizinkan, tayangan pada hari itu akan terpaksa dibatalkan.

M-Junction Drive-In Cinema yang bakal dilancarkan pada 28 Julai ini dikhabarkan akan beroperasi selama tiga bulan akan datang.

Untuk mendaftar dan membuat tempahan, layari laman rasmi M-Junction.

Sumber: Malay Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY