Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kos Penghasilan Logo Baharu Xiaomi Dilaporkan Bernilai RM1.26 Juta

Posted on April 2, 2021April 2, 2021

Baru-baru ini, Xiaomi telah mengumumkan identiti visual korporat baru melalui pengenalan logo baharu yang direka oleh pereka terkenal, Kenya Hara. Menggunakan konsep rekaan “Alive”, reka bentuk logo dihasilkan dengan gabungan bulat dan segi empat atau disebut sebagai “squircle”.

Nilai logo Xiaomi
Kiri – logo baharu, Kanan – logo lama

Namun, rekaan logo baharu itu telah menjadi perhatian pengguna media sosial apabila dikatakan hampir sama seperti rekaan logo sebelum ini. Sebagai tambahan, laporan terkini turut menyatakan kos menghasilkan logo tersebut dianggarkan bernilai 2 juta yuan atau kira-kira RM1.26 juta.

Bagaimanapun, tiada pengesahan daripada pihak Xiaomi mengenai nilai sebenar yang dibelanjakan untuk menghasilkan rekaan berkenaan.

Di sisi yang lain, sebilangan pengguna berpendapat penceritaan di sebalik logo yang dihasilkan adalah lebih penting berbanding rekaannya. Tambahan pula, ia turut mendapat perhatian dunia melalui penghasilan logo baharu dengan kerjasama Kenya Hara.

Apa pula pendapat anda mengenai logo baharu Xiaomi? Tinggalkan komen anda.

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress