Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Umum Konsep Rekaan Logo Baharu

Xiaomi Umum Konsep Rekaan Logo Baharu

Diterbitkan Mac 30, 2021 · Dikemas kini Mac 30, 2021 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini meneruskan acara pelancaran bahagian kedua dengan mengumumkan identiti visual korporat baru. Direka oleh pereka terkenal, Kenya HARA, logo baharu Xiaomi dihasilkan dengan menggunakan konsep rekaan “Alive”.

Berbanding sekadar segi empat sama, ia direka semula dengan menggunakan sudut melengkung bersama tipografi “MI” yang lebih estetik. Bulatan pada reka bentuk baharu adalah lebih baik, dan merupakan gambaran sempurna untuk identiti Xiaomi.

Screenshot (630)

Warna jingga masih dikekalkan sebagai warna korporat Xiaomi, manakala hitam dan silver dipilih sebagai warna tambahan. Selain logo baharu, logotaip turut direka semula untuk disesuaikan dengan logo tersebut.

Xiaomi Umum Konsep Rekaan Logo Baharu
Xiaomi Umum Konsep Rekaan Logo Baharu

Logo baharu ini juga boleh disesuaikan dengan kandungan dan diletakkan pada posisi yang paling sesuai.

Xiaomi Umum Konsep Rekaan Logo Baharu

Apa pendapat anda mengenai logo baharu Xiaomi? Tinggalkan komen anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY