Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logo Apple Dicetak Senget, Sebuah iPhone 11 Pro Dijual Pada Harga Lebih RM11,000

Logo Apple Dicetak Senget, Sebuah iPhone 11 Pro Dijual Pada Harga Lebih RM11,000

Diterbitkan April 12, 2021 · Dikemas kini April 12, 2021 oleh Amalina Athman

Sebuah iPhone 11 Pro yang didakwa telah disalah cetak kini dilaporkan dijual pada harga AS$2,700 iaitu kira-kira RM11,168.

Menerusi perkongsian Internal Archive di Twitter, ia memperlihatkan iPhone 11 Pro hadir dengan logo Apple di bahagian belakang yang tidak diposisikan dengan betul. Logo yang kebiasaannya berada di tengah panel belakang, diposisikan condong ke arah kanan.

Apple logo iPhone 11 Pro

Mengambil kira proses pemeriksaan kualiti yang ketat, ianya adalah sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah produk Apple. Disebabkan itu, berkemungkinan ia menjadi rebutan ramai pengguna Apple.

https://twitter.com/ArchiveInternal/status/1380511781131550722

Akan tetapi, tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana iPhone 11 Pro itu dijual pada harga tersebut. Juga, tidak dapat dipastikan jika imej berkenaan adalah sahih atau sebaliknya.

Apa kata anda mengenainya? Adakah berbaloi mendapatkan sebuah peranti yang dikategorikan sebagai “rare” dengan harga tersebut?

Sumber: Apple Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY