LinkedIn Kini Sudah Mencecah 500 Juta Pengguna

LinkedIn kini mempunyai setengah bilion pengguna berdaftar di seluruh 200 negara. LinkedIn yang dirujuk sebagai laman sosial untuk golongan profesional kini semakin dilihat melebarkan sayap mereka dengan 10 juta pekerja aktif, akses kepada 9 juta syarikat yang bakal meningkat saban hari dan lebih 100,000 artikel di terbitkan setiap hari.

LinkedIn juga mengeluarkan statistik pengguna dan pekerjaan yang paling banyak diekses.

Berikut merupakan senarai negara yang mempunyai pengguna LinkeIn tertinggi.

1.United Arab Emirates
2.Belanda
3.Singapura
4.UK
5.Denmark

Senarai industri yang paling banyak diekses.

1.Pengambilan Kakitangan dan Perekrutan
2.Ekuiti swasta
3.Sumber manusia (HR)
4.Perundingan pengurusan
5.Media online

Senarai pekerjaan yang paling mendapat perhatian di LinkedIn

1. Sumber manusia
2.Pengurusan produk
3.Pembangunan perniagaan
4.Pemasaran
5.Perundingan

Pada masa akan datang, LinkedIn berkata mereka akan menambah pandangan peribadi terhadap 'Top Connection' setiap pengguna di bawah tab MyNetwork yang disediakan dalam laman tersebut.

Sumber