Anda Boleh Bandingkan Gaji Anda Dengan Rakan Setugas Di LinkedIn

LinkedIn kini mampu memperlihatkan gaji anda dan membandingkan dengan gaji orang lain yang berkerja dalam industri dan jawatan yang sama. Laman sosial profesional itu telah melancarkan ciri baru 'Salary' semalam dan ianya adalah bertujuan untuk para pengguna mengoptimumkan peluang atau potensi untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi. Ini bermaksud, anda boleh melihat sejauh mana gaji seorang pekerja dalam bidang yang sama, anda boleh belajar tentang bagaimana pengalaman, taraf pendidikan dan lokasi memainkan peranan dalam mendapat gaji yang lebih lumayan.

Awal tahun ini, LinkedIn telah pun memberi email kepada setiap pengguna untuk memberitahu gaji mereka dan dalam masa yang sama, mereka juga ditawarkan untuk mendapat info tentang gaji pekerjaan dalam bidang yang sama. Menurut LinkedIn, lebih sejuta informasi tentang gaji pengguna dikumpulkan.

"Terdapat beberapa pilihan yang ada pada pengguna LinkedIn untuk meningkatkan gaji mereka, samada mereka mencari kerja lain dalam industri yang sama, menukar kerjaya mereka, atau mungkin mengambil sijil profesional dan lain-lain" kata Ryan Sandler Product Manager LinkedIn. "Kami ingin membantu pengguna untuk memahami bagaimana caranya untuk meningkatkan taraf hidup dan gaji yang lebih tinggi" tambahnya lagi.

Ciri baru dari LinkedIn ini sebenarnya tampil dua minggu lebih lewat berbanding seteru mereka iaitu Glassdoor yang juga merupakan laman pencarian kerja profesional. Glassdoor juga telah datang dengan ciri yang sama iaitu Know Your Worth.

Ciri terbaru ini juga hadir dengan beberapa kemaskini terbaru untuk 'Skills and Endorsement' dan 'Open Candidate' yang membenarkan seorang pengguna mencari kerja lain secara diam-diam tanpa pengetahuan syarikat mereka. Kemaskini terbaru ini adalah yang pertama semenjak berita tentang pengambil alihan LinkedIn oleh Microsoft yang bernilai $26.2 billion.

linkedinsalaryteaser

 

Segala data tentang gaji pengguna adalah 'encrypted' dan akan kekal rahsia.LinkedIn menambah lagi mereka menggunakan Bureau of Labor Statistics untuk perbandingan gaji. Setakat ini ciri 'Salary' dari LinkedIn ini hanya boleh didapati untuk pengguna di US,UK dan Kanada sahaja dan bakal menerjah Malaysia pada tahun hadapan.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=1H75GEYxXd0[/embed]