Lima Perkhidmatan Penstriman Popular Untuk Pengguna Di Malaysia

Perkhidmatan penstriman adalah perkhidmatan yang berasaskan langganan yang menawarkan penstriman filem dan program televisyen dalam talian. Perkhidmatan penstriman ini dianggap sebagai pilihan mudah untuk menonton program yang disiarkan di TV kabel.

Berdasarkan kajian terbaru mengenai pengguna internet dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kira-kira 71% pengguna internet di Malaysia menghabiskan masa dengan menstrim video dan menonton TV dalam talian.

Antara perkhidmatan penstriman popular yang boleh digunakan di Malaysia adalah Amazon Prime Video, Apple TV+, Netflix, Tubi TV, dan juga Viu. Di sini anda boleh membuat perbandingan antara kelima-lima perkhidmatan tersebut bagi membantu anda membuat pilihan terbaik.

1. Amazon Prime Video


perkhidmatan penstriman popular di malaysia

Prime Video menawarkan rancangan-rancangan berkualiti tinggi dan juga rancangan dari HBO, CBS, dan Cinemax. Anda boleh menstrim sehingga tiga rancangan sekaligus tetapi hanya pada dua peranti dalam masa yang sama.

Yuran langganan: $5.99/sebulan @ $2.99/sebulan untuk 6 bulan pertama (Dikenakan dalam USD)

Kandungan: Filem/Siri Barat, Kartun Barat, Filem/Siri Asia, Kandungan Asli

Untuk maklumat lanjut, layari Prime Video.

2. Apple TV+


perkhidmatan penstriman popular di malaysia

Apple TV+ tidak mempunyai senarai kandungan yang luas seperti Netflix tetapi beberapa nama besar di Hollywood mendapat bayaran besar untuk membuat kandungan eksklusif bagi perkhidmatan tersebut.

Yuran langganan: RM19.30/sebulan - Percuma langganan satu tahun bagi setiap pembelian iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple TV.

Kandungan: Filem/Siri Barat, Kartun Barat, Filem/Siri Asia, Kandungan Asli

Untuk maklumat lanjut, layari Apple TV.

3. Netflix


perkhidmatan penstriman popular di malaysia

Pelopor dalam perkhidmatan langganan penstriman dalam talian, Netflix menawarkan rancangan dan filem terbaik dari Hollywood. Bukan itu sahaja, laman ini juga menawarkan program-program dari Asia serta tempatan untuk tontonan semua.

Yuran langganan: Basic - RM35/sebulan @ Standard - RM45/sebulan @ Premium - RM55/sebulan

Kandungan: Filem/Siri Barat, Kartun Barat, Filem/Siri Asia, Kartun Asia, Kandungan Asli

Untuk maklumat lanjut, layari Netflix.

4. Tubi TV


perkhidmatan penstriman popular di malaysia

Laman ini adalah perkhidmatan penstriman dalam talian yang ditaja dan disokong oleh pengiklanan secara eksklusif, yang bermakna akan ada iklan diselitkan sewaktu rancangan anda dimainkan.
Yuran langganan: Percuma

Kandungan: Filem/Siri Barat, Kartun Barat

Anda boleh layari Tubi TV.

5. Viu


perkhidmatan penstriman popular di malaysia

Viu boleh dianggap sebagai Prime Video versi Asia kerana ia menawarkan kandungan asli seperti siri "Jibril" dan "Kopitiam". Perkhidmatan ini juga menyediakan rancangan dan filem TV Asia yang lain.

Yuran langganan: RM10/sebulan @ RM48/6 bulan @ RM88/setahun

Kandungan: Filem/Siri Asia, Kartun Asia

Anda boleh layari Viu.

Setiap perkhidmatan penstriman dilengkapi dengan kelebihannya sendiri. Sekiranya anda meminati filem klasik dan filem kelas B, maka Tubi TV adalah perkhidmatan yang sesuai untuk anda. Bagi mereka yang lebih peka dengan harga sesuai untuk melanggan Viu disebabkan harga langganannya yang rendah untuk pelbagai siri dan filem dari Asia.

Sudah tentu siri dan filem dari Barat mempunyai nilai yang tinggi dan Netflix adalah yang paling mahal dari ketiga laman tersebut. Walaupun begitu, Netflix juga menawarkan yang paling banyak dari segi kandungan asli dan filem-filem terbaru.

Sumber: iProperty & Augustman

Baca lagi: https://wiser.my/enam-siri-terbaik-anda-boleh-tonton-secara-percuma-di-viu/