Enam Siri Terbaik Anda Boleh Tonton Secara Percuma Di Viu

Viu adalah sebuah platform penstriman video yang berpusat di Hong Kong. Platform ini menawarkan kandungan drama, filem, dan rancangan pelbagai genre dari Asia yang dilengkapkan dengan sari kata dalam bahasa-bahasa tempatan.

enam siri terbaik percuma di viu

Dilancarkan pada tahun 2015, sebilangan besar kandungan di Viu boleh diakses secara percuma di viu.com.

Berikut adalah enam drama siri terbaik yang boleh anda tonton sepanjang hari secara percuma di Viu:
1. The Bridge

[embed]https://youtu.be/gGESoQN7q74[/embed]

Genre: Drama Jenayah

Barisan pelakon: Bront Palarae, Rebecca Lim, Ario Bayu, Fikry Ibrahim, Miller Khan, Erwin Dawson

Pengarah: Lee Thean-jeen, Jason Chong

Siri hasil kerjasama Singapura dan Malaysia ini mengisahkan tentang kes berprofil tinggi melibatkan dua buah negara. Satu mayat ditemui di jambatan di lebuh raya antarabangsa yang menghubungkan dua negara, Singapura dan Malaysia. Mayatnya terbelah dua dan terletak tepat di tengah-tengah sempadan kedua negara. Apabila mayat mangsa dikeluarkan, ternyata milik dua mangsa yang berbeza. Setiap negara melantik seorang detektif untuk menyiasat misteri pembunuhan berganda ini. Detektif Malaysia, Megat (Bront Palarae), dan Serena (Rebecca Lim) dari Singapura, dengan etika kerja yang berbeza bekerjasama untuk memburu pembunuh tersebut.

Saksikan drama hebat gabungan Malaysia dan Singapura ini di Viu.
2. A World Of Married Couple

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=MtiPX82dkus[/embed]

Genre: Melodrama, Percintaan

Barisan pelakon: Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Jeon Jin-Seo, Park Sun-Young, Kim Young-Min

Pengarah: Mo Wan-Il

Dalam siri A World of Married Couple, perkahwinan sebuah pasangan kelas pertengahan di Korea Selatan terungkai melalui pelbagai babak yang pasti menguji minda dan kesabaran anda sebagai penonton. Siri ini mengisahkan seorang doktor perubatan keluarga (dimainkan oleh Kim Hee-Ae) yang sepertinya memiliki semua - kerjaya yang berjaya, kehidupan perkahwinan yang bahagia dan rakan-rakan baik di sekelilingnya. Namun, dunianya terbalik apabila dia dikhianati oleh suaminya (dimainkan oleh Park Hae Joon) dan rakan-rakannya, mendorongnya untuk membalas dendam.

Anda boleh menonton drama siri ini secara percuma di Viu.
3. Jibril

[embed]https://youtu.be/qcJch6qdK0E[/embed]
Genre: Thriller

Barisan pelakon: Aeril Zafrel, Tony Eusoff, Lisa Surihani, Sangeeta Krishnasamy, Bernie Chan

Pengarah: Megat Sharizal

Jibril adalah seorang peguam tampan yang mempunyai kepintaran yang luar biasa dan kemahiran kognitif yang tinggi. Walaupun menghidap autisme, dia tidak pernah kalah dalam menyelesaikan apa-apa kes dan berjaya mencari setiap petunjuk. Ketua Jabatan Teknologi, Jonathan, melantik Jibril untuk menyiasat kematian Nasir Fattah, seorang pakar teknologi AI terkemuka di Asia Tenggara.

Saksikan kehebatan Jibril dalam menyelesaikan kes pembunuhan ini secara percuma di Viu.

4. Nobody Knows

https://www.youtube.com/watch?v=pf_dY0C7jJ0

Genre: Jenayah, Misteri

Barisan pelakon: Kim Seo-Hyung, Ryu Deok-Hwan, Park Hoon, Ahn Ji-Ho

Pengarah: Lee Jeong-Heum

Masih dihantui oleh pembunuhan traumatik rakan baiknya 19 tahun yang lalu, dan dibebani oleh rasa bersalah, Detektif Young Jin (dimainkan oleh Kim Seo Hyung) bertekad untuk menangkap pembunuh bersiri yang masih bebas. Apabila satu pembunuhan terjadi lagi selepas 19 tahun, Young Jin berharap dapat mengakhiri tragedi ini dengan meletakkan pembunuh tersebut di penjara untuk seumur hidup.

Sekiranya anda menginginkan thriller jenayah yang perlahan disertakan watak utama wanita yang kuat, anda boleh tonton drama ini di Viu.
5. The Publicist

https://youtu.be/w1fuYYfgorE

Genre: Drama, Romantik

Barisan pelakon: Prisia Nasution, Adipati Dolken, Baim Wong, Reza Nangin

Pengarah: Monty Tiwa

Siri drama romantik ini memfokuskan pada hubungan antara seorang pelakon bermasalah, Reynaldi, yang kerjayanya menghadapi masalah berikutan skandal yang ditimbulkan sendiri dan perunding imej yang sangat terkenal, Julia. Pengurus dan sahabat baik Rey, Erika, tetap gigih meyakinkan Julia untuk membantu memulihkan reputasi Rey yang hilang. Dengan permintaan Erika yang berterusan, Julia bersetuju untuk menolong Rey walaupun mendapat tentangan daripada rakan baiknya, Robert.

Anda boleh menonton drama yang penuh dengan konflik percintaan ini di Viu.
6. When The Weather Is Fine

https://www.youtube.com/watch?v=ZOuMRNMa8UU

Genre: Drama, Romantik

Barisan pelakon: Park Min Young, Seo Kang Joon

Pengarah: Han Ji-Seung

Selepas ditimpa peristiwa-peristiwa yang tidak diingini, seorang guru selo (dimainkan oleh Park Min Young) berhenti dari pekerjaannya di Seoul dan kembali ke kampung halamannya di luar bandar. Di sana, dia bertemu dengan rakan sekelas sewaktu di sekolah (dimainkan oleh Seo Kang Joon) yang mengendalikan sebuah kedai buku, lalu kisah percintaan mereka pun mula mekar.

Saksikan siri romantik ini secara percuma di Viu.

Sumber: Women's Weekly & Vidooly

Baca lagi: https://wiser.my/lima-perkhidmatan-penstriman-popular-untuk-anda-di-malaysia/