LiFi Diiktiraf Secara Rasmi, 100 Kali Ganda Lebih Laju Daripada Wi-Fi

Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) telah menjadikan 802.11bb sebagai piawaian untuk teknologi LiFi yang secara langsung bermakna ia diiktiraf secara rasmi oleh badan itu.

LiFi-Tech Kapsyen: Sumber: Lumenci


LiFi ialah satu teknologi yang menggunakan cahaya untuk pemindahan data. Ia berbeza daripada Wi-Fi yang menggunakan gelombang radio.
Wi-Fi ialah singkatan untuk wireless fidelity, maka LiFi pula adalah untuk lightfidelity.

Ia menggunakan cahaya yang boleh dilihat seperti inframerah, ultraviolet dan LED.

Li-Fi setup in a house Kapsyen: Sumber: Lumenci


Dari segi kelajuan, LiFi mampu mencapai 224GBps yang mana katanya 100x ganda lebih laju daripada Wi-Fi yang hanya mampu setakat 7Gbps.
It uses common household LED light bulbs to enable data transfer, boasting speeds of up to 224 GB per second. Considering that the fastest WiFi in the 60 GHz frequency band, WiGig, can achieve a maximum data rate of 7 GB per second, LiFi speed is 100 times faster than that! - lifi.co

Wi-Fi 6 yang terbaru misalnya mampu capai sehingga 9.6Gbps secara teorinya. Tapi masih jauh ketinggalan berbanding LiFi.

https://www.youtube.com/watch?v=iHWIZsIBj3Q

Untuk makluman, LiFi diperkenal oleh Haraald Haas pada tahun 2011 dan pernah mengadakan demonstrasi di Ted Talk.

Bila kita boleh guna LiFi ni?


Dari segi penggunaan komersial, ia masih belum digunakan secara meluas. Tapi, setakat yang sudah dipakai hari ini seperti diuji oleh Phillips dan banyak syarikat lain, pengguna kelak perlu mempunyai 2 peranti untuk gunakan internet melalui LiFi.

Basic Working of Li-Fi Kapsyen: Sumber: Lumenci


Satunya ialah mentol LED khas untuk memancar dan satu lagi peranti yang mempunyai photodiode untuk menerima cahaya. Kita boleh anggap lampu LED tadi seperti router yang memberikan akses pada internet.



Dengan rasminya piawaian 802.11bb ini, bermakna syarikat teknologi seluruh dunia pastinya yakin untuk bereksperimen dan mengintegrasikannya dengan peranti mereka.

Philips Lighting Will Become Signify Satisfying the Licensing Agreement  with Royal Philips — LED professional - LED Lighting Technology,  Application Magazine

Antara syarikat yang sudah lama menumpukan terhadap teknologi ini sebelum ia diiktiraf IEEE lagi ialah Signify di bawah Phillips, Panasonic, pureLiFi, VLNComm dan Oledcomm.



Untuk pengguna biasa, saya percaya kita masih belum dapat gunakannya secara komersial di meluas (di Malaysia terutamanya) dalam masa 5 tahun ini. Syarikat-syarikat pembuat peranti seperti Apple, Samsung masih perlukan masa untuk sokong teknologi ini pada peranti mereka.

Dah tak perlu Wi-Fi?


Teknologi LiFi tidak dicipta untuk menggantik Wi-Fi tetapi sebagai alternatif untuk situasi yang tidak mampu disempurnakan oleh Wi-Fi.

LiFi setakat ini masih tidak boleh menggantikan WiFi, 4G, 5G, optik fiber atau rangkaian berwayar lain kerana rangkaian radio masih mempunyai kelebihan yang lebih besar seperti dari segi liputan.

https://www.youtube.com/watch?v=AKvvEqm9Nv4

Disebabkan LiFi menggunakan cahaya, jadi antara batas yang paling besar ialah objek pejal kerana ia akan menghalang cahaya. Malah, ia juga perlukan barisan lampu yang bersambung panjang untuk liputan yang besar.

{suggest}

Rangkaian radio pula masih mempunyai transmisi yang meluas di luar sana dan masih boleh menembusi objek pejal walaupun agak lemah.



Jadi. LiFi ini boleh menjadi kaedah tambahan atau pelengkap untuk sambungan internet. Ia kelak akan memudahkan pengguna mendapat akses internet kerana mempunyai lebih banyak pilihan.

Untuk ketahui lebih terperinci bagaimana LiFi berfungsi, anda boleh bacanya di laman web LiFi.

Sumber: IEEE, Tom's Hardware

Berkaitan