LG V30 Bakal Memfokuskan Kepada Rakaman Video dan Audio

Selepas LG mengesahkan telefon flagship mereka tahun ini, LG V30 akan hadir dengan paparan OLED plastik, kita juga diperlihatkan pula dengan reka bentuk luar peranti tersebut.

Menurut GSM Arena, gambar tertiris ini bukan datang daripada sumber ofisial, tetapi kebarangkalian peranti ini sama seperti gambar dibawah adalah tinggi.



Melalui gambar ini jika kami dapat simpulkan LG bakal mempamerkan rekaan seakan LG G6 yang dilancarkan beberapa bulan lepas dengan ciri bazel nipis dan paparan skrin lengkung.

 



LG V30 dijangka memiliki paparan skrin OLED dengan resolusi QHD+ bersaiz 6 inci pada nisbah 18:9. Gambar di atas adalah gambar perbandingan saiz antara LG G6, LG V30 dan Samsung Galaxy S8+.

Menurut ibtimes.com, LG V30 akan memfokuskan pada rakaman video dan audio. Jika dilihat daripada gambar tertiris di atas, peranti ini akan mengekalkan rekaan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama memiliki aperture setinggi f/1.6 bersama Cine Video dan efek Live Zoom.

Dari segi audio, LG dilihat membawakan penambahbaikkan daripada peranti sebelumnya, LG V20 dengan memuatkan sokongan Quad DAC bersama binaan dalam Advanced Quad DAC. LG V30 turut dikatakan akan menambah ciri seperti Hi-Fi Digital Filter, Sound pre-sets dan Hi-Fi Streaming MQA.

Untuk rakaman audio pula, LG V30 dikatakan hadir bersama rakaman video Hi-Fi bersama RAM. Ini bermakna peranti ini boleh disambungkan dengan mikrofon untuk rakaman audio misalnya.

LG V30 berkemungkinan besar berkerjasama dengan Bang & Olufsen (B&O) untuk memainkan semula audio di peranti tersebut.

 

 

Sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran V30 ini yang dijadualkan pada 31 Ogos ini.

Sumber: GSM Arena, ibtimes.com