Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Display

LG Dilapor Sedang Membangunkan Teknologi OLED Baharu

Diterbitkan Mei 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain Samsung, sebuah lagi jenama dari Korea Selatan, iaitu LG juga salah satu peneraju dalam teknologi paparan untuk beberapa peranti di pasaran masa kini.

Baca juga – Peranti Boleh Lipat Samsung Bakal Menjadi Realiti

Baru-baru ini, LG telah memperlihatkan teknologi paparan OLED baharu semasa acara Society for Information Display (SID) 2021. Antaranya adalah paparan boleh gulung, boleh lentur dan juga lut sinar. Kesemuanya akan digunakan pada komputer riba, TV sehinggalah industri automotif.

Tambahan lagi, mereka juga sudah memfailkan 6 tanda dagang bagi teknologi tersebut kepada Korean Intellectual Property Office (KIPO), iaitu The Plate, OLED Plate, Smart Plate, Plate Big dan One Cord OLED.

LG Dilapor Sedang Membangunkan Teknologi OLED Baharu

Walaupun teknologi tersebut boleh digunakan pada telefon pintar, ia semestinya untuk jenama lain kerana LG sudah menutup perniagaan telefon pintar.

Baca juga – LG Tutup Perniagaan Telefon Pintar Secara Global

Melihat kepada nama yang difailkan itu, “Plate Big” dan “Plate Fit” merujuk kepada skrin OLED yang menawarkan pelbagai saiz. Sementara “Smart Plate” adalah panel pintar OLED. Manakala “One Cord OLED” pula hanya menggunakan satu kabel untuk disambungkan pada skrin, seperti Samsung One Connect.

Meskipun begitu, LG masih lagi belum menjelaskan secara terperinci berkaitan teknologi tersebut dan ia akan mengambil masa sebelum digunakan secara komersial.

Sumber: letsgodigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY