Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
levi's x peanuts

Levi’s x Peanuts – Kolaborasi Antara Levi’s Dengan Komik Peanuts

Posted on Ogos 10, 2020

levi's x peanuts

Pada 4 Ogos yang lalu, syarikat Levi’s baru sahaja melancarkan koleksi barangan hasil kolaborasi bersama komik animasi popular, Peanuts. Koleksi Levi’s x Peanuts yang menampilkan Snoopy sebagai atlet dari kumpulan Peanuts, menawarkan pelbagai pilihan barangan yang menarik.

Koleksi edisi istimewa ini adalah gabungan pakaian asas serta gaya vintaj dari arkib Levi’s. Baju T dan baju sejuk crewneck menampilkan Snoopy terlibat dalam pelbagai sukan seperti, berlari, bola sepak, tenis, dan banyak lagi.

levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts

Grafik dan warna barangan ini pula termasuklah putih, biru langit, magenta, merah, dan biru. Lebih menarik lagi, terdapat pakaian olahraga retro, bersama dengan hoodie dan baju sejuk yang sepadan dipenuhi dengan grafik dan lakaran Snoopy.

Diinspirasikan oleh baju sukan Levi’s dari tahun 1984, iaitu tahun sukan Olimpik Musim Panas di Los Angeles, koleksi ini juga menawarkan set pakaian baju sukan yang bertemakan warna biru.

levi's x peanuts
levi's x peanuts

Aksesori seperti topi bucket, stokin serta visor yang boleh digunakan untuk melindungi mata dari sinar matahari juga ditawarkan. Seperti koleksi lain, setiap aksesori menampilkan lakaran Snoopy yang sedang bersukan.

levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts
levi's x peanuts

Anda berminat untuk dapatkan koleksi Levi’s x Peanuts? Layari laman web rasmi Levi’s untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber: Hypebae & Complex

Baca seterusnya: Nike Air Mag – Kasut “Masa Depan” Dari Filem Back To The Future

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress