Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lesen huawei google

Lesen Huawei Tamat, Apa Nasib Peranti Huawei Dengan Perkhidmatan Google?

Posted on Ogos 17, 2020

Sudah lebih setahun berlalu sejak Amerika Syarikat menghalang Google untuk berurusniaga dengan Huawei. Syarikat itu turut menerima lesen sementara yang membolehkannya meneruskan urusniaga. Namun, setelah beberapa kali lesen sementara itu dilanjutkan, nampaknya ia telah berakhir sejak 13 Ogos lalu.

 

Huawei P30 Pro

Ini bermakna, peranti Huawei yang menerima perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) termasuk P30 Pro tidak akan mendapat kemas kini Android 11.

Terdapat kemungkinan Huawei juga tidak dapat menawarkan kemas kini aplikasi Google akan datang bagi peranti Huawei yang dihasilkan sebelum 16 Mei 2019. Ini kerana, Google perlu mengesahkan setiap kemas kini tersebut. Dengan sekatan dan lesen yang telah tamat tempoh, Google mungkin tidak dapat berbuat demikian.

Walaupun senario ini mungkin tidak akan berlaku, terdapat kemungkinan kecil peranti Huawei yang terdahulu akan terputus dari menerima sokongan Google.

Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi dari Huawei mahupun Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengenai perkara ini. Juga tidak dapat dipastikan jika lesen sementara tersebut akan dilanjutkan sekali lagi. Kini, nasib peranti Huawei yang menjalankan perkhidmatan itu juga masih belum diketahui.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress