Dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi Ke-10.
Lenovo telah memperkenalkan model terbaru komputer riba berprestasi sederhana mereka, ThinkBook 14 dan 15 di acara khas mereka, Lenovo Tech Life di IFA 2019 . Komputer riba ini direka khusus bagi penggunaan harian serta untuk urusan perniagaan kecil dan sederhana (SMB).
ThinkBook 14 dan 15 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi ke-10 serta didatangkan bersama sistem operasi Windows 10 Pro.
Selain dilengkapi dengan storan pantas PCIe SSD, pengguna juga boleh memilih untuk memuatkan komputer riba ini dengan storan Solid State Storage Intel Optane Memory H10 bagio meningkatkan lagi prestasi komputer tersebut.

“ThinkBook is not just another laptop line-up. We designed ThinkBook specifically for the new workforce which comprises of Gen Z and millennials, with features and design that make it as easy and responsive as a smartphone,” Eric Yu, Timbalan Presiden dan Pengurus Segmen Lenovo SMB.
Setakat ini belum ada sebarang maklumat lanjut tentang spesifikasi lengkap bagi ThinkBook 14 dan 15. Tetapi Lenovo memaklumkan ThinkBook 14 dan 15 ini akan mula ditawarkan dalam bulan November tahun ini. Harga bagi ThinkBook 14 adalah €675 (sekitar RM3,111) dan ThinkBook 15 pula berharga dari €665 (sekitar RM3,065).
Berkaitan
- Facebook Membuang Lebih 74 Juta Hantaran Dari April Hingga September Lalu
- TM Dan Astro Berkolaborasi Menyediakan Pengalaman Digital Berkualiti Tinggi
- Cara Sembunyikan Mesej WhatsApp Supaya Tiada Orang Lain Tahu Kewujudan Perbualan Atau Grup Rahsia WhatsApp Anda
- Arah Pekerja Aktifkan Kamera Melanggar Hak Asasi Manusia - Mahkamah Belanda
- Selangor Menawarkan Data Internet Percuma Selama Setahun
- SKMM Menasihatkan Orang Ramai Merujuk Sumber Sahih Tentang Wabak COVID-19
- 5 Ciri Baharu WhatsApp Ini Patut Anda Aktifkan Tahun Ini
- Tesla Digodam, Penggodam Dihadiahkan Model 3
- Apple Kekal Popular Sebagai Jenama Komputer Paling Disukai Pengguna A.S
- Ini Adalah Visual Perbandingan Prestasi Barisan Cip Snapdragon, Exynos, Kirin, Helio Dan Dimensity Dari AnTuTu