Lelongan Buku Manual Apple-1 Ini Dijangka Mampu Mencecah Sehingga $10 Ribu

Setakat ini bidaan tertinggi adalah $9,422.


Laman lelong RR AUCTION sedang melelong sebuah buku lengkap bagi operasi manual Apple-1. Buku manual yang sudah berusia lebih daripada 40 tahun itu setakat ini sudah pun dibida oleh 7 orang pembida dengan bidaan tertinggi untuk buku manual tersebut adalah $9,422.00

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman lelong tersebut, buku manual Apple-1 itu diterbitkan pada tahun 1976 dan mengandungi sebanyak 12 muka surat bercetak.

Muka hadapan buku manual tersebut memaparkan logo pertama Apple yang direka oleh Ron Wayne, pengasas ke-3 Apple selepas Steve Job dan Steve Wozniak.

Kapsyen: Sumber: RR AUCTION


Buku manual itu mengandungi maklumat tentang cara membangun dan menjalankan sistem , menggunakan sistem monitor dan mengembangkan sistem Apple. Juga terdapat cetakan rajah skematik yang lengkap bagi papan litar komputer pertama Apple itu.

Laman lelong itu menjangkakan buku manual tersebut akan berjaya dibida sehingga $10 ribu.

Apple-1 merupakan komputer pertama keluaran Apple separa pasang siap yang dibangun dan dipasang sendiri oleh Stephen Wozniak bersama Steve Jobs digaraj rumah bapa Steve Job. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976.

Berkaitan