Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unit Starlink Kedua Dipasang Di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Lelaki Ditahan Selepas Beli 675 Unit Peranti Starlink Dengan Kad Kredit Curi

Diterbitkan Mac 7, 2024 oleh ariff bukhari

Pada hari Selasa lepas, polis di Lawrence Township, New Jersey, mengumumkan bahawa ia telah mendakwa seorang individu bernama Kelvin Rodriguez-Moya, berusia 35 tahun kerana menerima dan memperdagangkan harta yang dicuri daripada SpaceX.

Pihak polis menyiasat Rodriguez-Moya selepas menerima laporan tentang “jumlah penghantaran yang disyaki besar” dibuat ke kediaman di perbandaran itu pada bulan Disember tahun lalu.

Hasil daripada penyiasatan selama tiga bulan oleh Detektif LTPD, telah ditentukan bahawa 675 unit peranti Starlink itu telah dibeli dalam talian menggunakan akaun kad kredit yang dicuri dan dihantar ke kediaman di Lawrence Township.

Lelaki Ditahan Selepas Beli 675 Unit Peranti Starlink Dengan Kad Kredit Curi

Pengarah Risiko Pembayaran & Penipuan SpaceX, Bennett Woo mengesahkan bahawa ini adalah “pemulihan penipuan terbesar SpaceX setakat ini mengikut urutan magnitud”.

Sebanyak 675 peranti itu ditemui yang dianggarkan bernilai lebih USD400,000.

Polis dalam laporannya berkata “lokasi Lawrence digunakan sebagai tempat penghantaran/penyimpanan untuk barang-barang yang dicuri yang kemudiannya akan diambil dan diangkut ke kawasan di utara New Jersey.”

Lelaki Ditahan Selepas Beli 675 Unit Peranti Starlink Dengan Kad Kredit Curi

Perkakasan Starlink di Malaysia dijual pada harga RM2,300 seunit. Jadi, apabila dikalikan dengan 675 unit peranti itu, nilainya adalah bersamaan dengan RM1,552,500.

Harga pelan Starlink di Malaysia adalah RM220/bulan bagi pelan Standard, RM571/bulan bagi pelan Keutamaan dan RM700/bulan bagi pelan Mudah Alih.

Berkaitan

  • Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar
  • Jom Semak Kelajuan Internet Starlink Di Kawasan Anda, Ini Caranya
  • Peranti Starlink Kini Boleh Dibeli Di Harvey Norman

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY