Lelaki Beli iPhone XS Dengan Duit Syiling Penuhi Satu Tab Mandi

iPhone sentiasa menjadi kegilaan sebahagian besar dari pengguna telefon pintar. Ia seolah-olah menjadi simbol kejayaan dan kemewahan. Maka tidak hairanlah ada di antara kita yang sanggup mengikat perut semata-mata ingin memiliki model iPhone yang terkini.

Mungkin ini yang terjadi kepada seorang pembeli di Russia baru-baru ini. Seorang lelaki yang namanya tidak didedahkan telah membeli sebuah iPhone XS, dan membayarnya menggunakan duit syiling yang memenuhi satu tab mandi.

Kejadian itu telah dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook, Ludmila Semushina dalam satu kiriman di akaunnya semalam.



Menurut beliau lagi, pekerja di Apple Store berkenaan dengan sabar telah mengira jumlah syiling yang dibawa oleh lelaki tersebut. Sekiranya terjemahan di kiriman itu tepat, ia agak pelik mengapa Apple tidak menggunakan bantuan mesin wang untuk mengira jumlah syiling berkenaan.

Kejadian ini mengingatkan saya kepada bayaran saman yang dibuat menggunakan syiling oleh Samsung kepada Apple beberapa tahun yang lalu. Bagaimanapun, kejadian tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku dan cuma satu penipuan.

iPhone XS dijual pada harga sekitar 100,000 rubles(RUB) atau sekitar RM 6,172 di Russia.

 

Sumber: Phone Arena